KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Beban menyediakan bukti berada di bahu Pemuda
Umno untuk menunjukkan bukan mereka yang menaikkan poster kontroversi
di laman Facebook pergerakkan tersebut yang menyatakan mengundi Pakatan
Rakyat (PR) bersamaan dengan menjadikan Kristian sebagai agama rasmi
Malaysia — disebabkan pindaan undang-undang baru-baru ini, kata peguam.
Pemuda Umno mendakwa bahawa orang yang meletakkan poster kontroversi
“tidak diberi kuasa” dan laman Facebook tersebut bukan milik
pergerakkan tersebut.
Poster yang dinaikkan Sabtu lalu telah dikeluarkan pada hari yang
sama, mencadangkan bahawa undi kepada PR akan menyebabkan agama Kristian
menggantikan Islam sebagai agama rasmi negara.
Tulisan yang tertera di poster tersebut berbunyi, “Jika anda setuju
untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia,
teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. God bless you my son
(Tuhan merahmati anda).”
Jika Pemuda Umno dibawa ke mahkamah ke atas posting di Facebook yang
tidak mereka lakukan, ia akan menjadi ujian bagi seksyen 114A yang baru
dikuatkuasakan dan telah mendapat tentangan meluas daripada orang
ramai.
Peguam kebebasan sivil, Syahredzan Johan, memberitahu The Malaysian Insider
bahawa Seksyen 114A akan memberi suatu anggapan bahawa Pemuda Umno
telah menerbitkan poster tersebut, tetapi menambah bahawa “fakta ini
masih belum diuji di mahkamah” lagi.
Salah satu yang dicipta oleh seksyen 114A akta keterangan adalah jika
ada penerbitan, dan entiti mempunyai nama, gambar atau nama samaran
yang muncul di dalamnya menggambarkan sebagai sebagai pemilik, tuan
rumah, pengarang, atau pengarang atau dalam apa-apa cara yang
membuktikan penerbitan itu, entiti tersebut dianggap telah menerbitkan
ia.
“Tetapi katakanlah, untuk apa jua alasan, Pemuda Umno didakwa di
bawah Akta Hasutan kerana mempromosikan kebencian yang diantara
masyarakat Islam dan Kristian, anggapan fakta akan beroperasi,” kata
Syahredzan.