KUALA LUMP
UR,
9 Feb — Datuk Chua Jui Meng( gambar kiri ) meramalkan Datuk Seri Dr
Chua Soi Lek akan bertanding di kerusi majoriti Melayu pada pilihan
raya umum ke-13, mendakwa presiden MCA itu tidak mampu mendapatkan
sokongan pengundi Cina.
Bekas naib presiden MCA ini, yang menyertai PKR pada 2009 terlebih dahulu mencabar Dr Chua untuk bertembung dengan beliau pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Dr Chua bagaimanapun menjawab sebagai presiden, “Saya mahu menjadi contoh yang baik dan akan bertanding di kawasan yang tiada sesiapa mahu pergi atau tiada calon yang boleh menang.”
Tetapi Chua membalas kenyataan dengan mengajak bekas Ahli Parlimen Labis itu bertanding di kawasan campuran, berkata “tiada kerusi yang selamat untuk beliau” di kawasan majoriti Cina.
“Beliau (Dr Chua) akan bertanding di kawasan majoriti Melayu kerana presiden MCA tidak mampu menarik sokongan pengundi Cina lagi,” kata Pengerusi PKR Johor ini kepada The Malaysian Insider.
Chua, bekas Ahli Parlimen Bakri, berkata kawasan majoriti Cina kini dikuasai DAP dan menambah undian untuk DAP juga merupakan undian untuk PAS.





