KOTA BH
ARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan keputusan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu berundur daripada bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Abdul Hadi, menurut beliau, seorang manusia yang berbakat untuk memimpin, lebih-lebih lagi dalam perjuangan Islam.
"Penjawat awam ada had masa untuk bersara tapi pimpinan parti tiada had masa, boleh berkhidmat sampai mati," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Dalam pertemuan dengan Sinar Harian di Kuala Terengganu kelmarin, Abdul Hadi membayangkan kemungkinan tidak akan bertanding dalam PRU13, yang dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat.
Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.
“Sudah lebih 30 tahun saya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu bermula pada 1982 dan sudah berbelas tahun sebagai Ahli Parlimen,” katanya.
Abdul Hadi berkata, sekiranya tidak bertanding mana-mana kerusi, beliau boleh bergerak ke seluruh negara untuk memantapkan parti.
Bagaimanapun, Adun Rhu dan Ahli Parlimen Marang ini menawarkan bertanding satu kerusi sahaja sekiranya dipilih sebagai calon dalam PRU13.
Abdul Hadi mengetuai Pas sejak 2002 dan beliau mempertahankan jawatan presiden tanpa cabaran pada pemilihan Jun lalu.SH
Malaysian Chinese
Association (MCA) takut akan kehadiran pilihan raya umum (PRU) akan
datang. MCA sedar, mereka tidak mampu untuk mengekang kemaraan
Democratic Action Party (DAP) — yang semakin kuat disokong oleh
masyarakat Cina.Silap
haribulan, MCA akan kalah teruk sehingga parti tersebut terpaksa tutup
kedai. Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek tahu akan realiti dan
hakikat ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menarik balik hasrat beliau tidak mahu bertanding lagi dalam pilihan raya umum."Saya berharap Ustaz Hadi menarik balik hasrat tersebut kerana beliau penting buat Pas dan Pakatan Rakyat (PR)," kata Anwar dipetik Harakahdaily hari ini.
Beliau yang juga Ketua Umum PKR berkata, peranan Presiden Pas itu, yang berusia 65 tahun, kritikal buat pemuafakatan PR, yang dibentuk secara formal selepas pilihan raya umum 2008.
Anwar juga berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Abdul Hadi, yang mengumumkan pendirian mengejutkan itu kepada Sinar Harian dalam satu temu bual, kelmarin.
"Saya akan bertemu dengan Ustaz Hadi dalam waktu terdekat demi memastikan Ustaz Hadi kekal bersama pimpinan Pakatan Rakyat," tegas Anwar.
Dalam pertemuan dengan Sinar Harian, Abdul Hadi membayangkan kemungkinan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat.