Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Rabu, 25 Januari 2012
Rayuan Fitnah II: Peguam Anwar tunggu alasan penghakiman
Istihar Harta : Alasan Dan Dolak - Dalik Pemimpin BN
Mesti Baca !! Cerita Disebalik Penglibatan Zizan Bersama Ustaz Azhar Idrus
Semua maklum kini Zizan amat selesa bersama Ustaz Azhar Idrus. Semuanya gara-gara Hantu Bonceng. Ada hikmah khilaf Zizan ketika itu. Usrah yang lepas, Abang Bob Lokman ada memberitahu, Zizan juga sering menghubunginya. Zizan bukan seperti Zizan yang lalu.
Zizan maklumkan kepada Bob Lokman, dia mahu berubah, juga meminta nasihat adakah perlu meneruskan kariernya dalam bidang seni atau berhenti terus. Lalu, Bob Lokman meminta beliau meneruskan karier, dengan syarat pilih yang baik, dan menolak yang mana tidak baik.
Seorang sahabat usrah saya yang lain berkongsi di sebalik tabir Program Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus feat Zizan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam beberapa minggu lepas. Rupa-rupanya Ustaz Azhar Idrus sendiri yang menghubungi Zizan untuk bersamanya pada program itu.
Zizan terus bersetuju walaupun beliau ditawarkan menjadi Emcee untuk Sambutan Tahun Baru 2012 di I City Shah Alam pada malam yang sama. Mereka tawarkan Zizan RM18,000.
Zizan menolak tawaran itu kerana mahu bersama Ustaz Azhar Idrus di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Apa yang membuatkan saya terharu, Zizan menolak sebarang bayaran yang akan diberikan kepadanya oleh pihak penganjur (Kerajaan Negeri Selangor).
Namun, atas dasar menghormati Zizan salah satu faktor berjayanya program pada malam itu, mahu atau tidak, Zizan menerima RM1000.Bayangkan, ditolak tawaran RM18,000 kerana mahu bersama Ustaz Azhar Idrus.
Zizan tidak rugi, bahkan dia untung kerana bersama Ustaz Azhar Idrus dalam majlis ilmu yang dinaungi para malaikat. Semoga Zizan terus istiqomah. Beringat-ingat dalam berlawak. Selitkan unsur-unsur dakwah. Allah pasti akan bantu. Insyaallah.
Selasa, 24 Januari 2012
Serang Ceramah ABU/HINDRAF : Apa yang media pencacai UMNO/BN laporkan?
Meskipun gam
bar-gambar serta video insiden serangan sekumpulan samseng yang dipercayai sekumpulan pemuda UMNO/BN telah tersebar meluas di internet dan juga blog, media tunggangan UMNO masih cuba untuk memutarbelit fakta.Berita Harian dalam laporannya mengatakan kekecohan mula tercetus apabila kira-kira 1,000 penduduk yang tidak berpuas hati dengan ceramah itu mengepung dewan berkenaan.
Keadaan bertukar tegang apabila penduduk mendakwa ada penyokong HINDRAF yang hadir pada ceramah yang turut dihadiri Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, menyebut beberapa perkataan yang menyinggung perasaan mereka.Adakah kita sebodoh yang disangka Media tunggangan UMNO itu?
PETIKAN LAPORAN BERITA HARIAN ONLINE :
SHAH ALAM: Ceramah politik anjuran pertubuhan haram, Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF), di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Seksyen 30, Kampung Jalan Kebun, dekat sini, malam kelmarin, kecoh apabila kira-kira 1,000 penduduk yang tidak berpuas hati dengan ceramah itu mengepung dewan berkenaan.Dalam kejadian itu, seorang penyokong HINDRAF dilaporkan cedera dan dirawat di sebuah hospital swasta tetapi punca kecederaannya tidak dapat dipastikan
Bekas Pemimpin Umno dakwa pemimpin Melayu tipu bangsa sendiri
- Adakah ahli Umno di kampung-kampung percaya??Kemiskinan orang Melayu bukanlah berpunca dari tindakan kaum lain, samada Cna atau India, yang tamak dan mengambil kesempatan dari ekonomi Negara.
Bekas wakil rakyat Umno, Dato’ Mohd Ariff Sabri Aziz bahkan mengatakan, perjuangan untuk membebaskan orang Melayu dari kemiskinan tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
Dan usaha mencapai saham bumiputera 30% daripada kekayaan negara sebenarnya tidak pernah berkembang.
Beliau mengatakan demikian dalam tulisan terbarunya yang disiarkan sebuah laman berita internet.
Bekas ADUN Pulau Manis, Pahang itu menegaskan punca-punca kemunduran orang Melayu adalah disebabkan oleh tingkah laku pemimpin Melayu itu sendiri.
Katanya, Kepimpinan Melayu di semua peringkat tidak bertindak demi kepentingan orang Melayu sebenarnya.
Namun, katanya, 30 orang pemimpin elit orang Melayu bertambah baik kehidupannya.
Oleh itu, beliau berkata walaupun pemimpin Umno berjuang kononnya mempertahankan 30% pemilikan orang Melayu, sebenarnya mengeksploitasikan hak-hak tersebut untuk diri sendiri.
Pemimpin Elit Umno itulah yang sebenarnya yang menjadi perasuah dan pengampu yang berselindung disebalik ketuanan Melayu.Dato’ Mohd Ariff Sabri Aziz bukanlah calang-calang orang dalam Umno.
Full Video : Ceramah DS Anwar Di Kapar
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berucap dalam Ceramah PKR di Dewan Sri Kerayong, Kapar.


