KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan tegas menafikan tohmahan jahat Ezam Mohd Nor.“Pada pagi 10 Ogos 2010, di perkarangan mahkamah, pemberita Berita Harian menyatakan beliau diarahkan menanyakan soalan mengenai tuduhan Ezam Mohd Nor mendakwa kononnya saya telah menelefon beliau mengarahkan supaya menghalang lelaki mendekati Saudara Anwar. Sehubungan itu, beliau dengan tegas menafikan tohmahan jahat Ezam yang sengaja mereka cerita setelah bersama Umno dan tidak sebelumnya. “Saya tidak pernah menelefon beliau mengaitkan Saudara Anwar seperti tohmahan tersebut. Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas; sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu. Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan Umno, kerja beliau hanya mencerca kami,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Menurutnya, beliau telah enggan melayan sebarang kenyataan Ezam yang dibuat hasil menerima upah pimpinan Umno. Walaubagaimanapun kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan nama beliau secara peribadi, beliau mengingatkan Ezam supaya menghentikan kerja fitnah yang jelas fasiq. “Sekira beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke mahkamah dan Mahkamah Syariah,” ujarnya. Hrkh |
Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Rabu, 11 Ogos 2010
Wan Azizah nafi tohmahan jahat Ezam
Poligami : Bung Moktar terlepas hukuman penjara
Guna RM 873.4 Juta Wang Royalti,Pusat Mengaku Silap

KUALA TERENGGANU - Kerajaan dan rakyat Terengganu akan kerugian sebanyak RM173.4 juta wang royalti Petroleum kerana kerajaan Persekutuan hanya bersetuju membayar semula RM700juta daripada RM873.4juta yang telah digunakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Walaupun yang memerintah negeri Terengganu adalah Umno/BN sama seperti yang menguasai kerajaan Pusat, namun Timbalan Pengerusi Umno Terengganu Dato' Seri Ahmad Said tidak mampu menuntut semula wang yang telah diguna pakai oleh kerajaan Pusat itu.
Ahmad yang juga Menteri Besar Terengganu, berkata kerajaan Persekutuan akur serta berjanji namun tidak akan membayar jumlah yang telah dibelanjakan bagi membina rumah diluar Terengganu itu.
“Mengenai isu wang royalti (Terengganu) yang digunakan oleh Syarikat Perumahan Negera Berhad (SPNB) adalah sebanyak RM873.4 juta.
“Pada peringkat awalnya (bincang) kerajaan pusat bersetuju membayar RM700 juta sahaja kepada kerajaan negeri yang digunakan oleh SPNB di negeri-negeri lain,” ujarnya ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Adun PAS Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut pada Persidangan Yang Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ke-12, di Wisma Darul Iman, Isnin, 9 Ogos.
Selain itu, sebanyak RM120 juta wang royalti hak rakyat Terengganu telah turut dibelanjakan SPN dalam melaksanakan projek perumahan mesra rakyat di negeri Terengganu sendiri.
Selasa, 10 Ogos 2010
Selamat Datang Ramadhan

Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :
1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."
Hadis riwayath BukhaFADHILAT / KELEBIHAN BULAN RAMADAN (Berdasarkan Hadis Nabi SAW)ri, Muslim& Nasaaei.
2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."
Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi
3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :
"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."
Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).
Anwar Sambut Ulangtahun Harijadi Ke-62 Di Mahkamah
KUALA LU
MPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Selasa, telah dihadiahkan dengan sejambak bunga Lili di dalam mahkamah oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sempena ulang tahun hari jadinya yang ke-62.
Anwar tiba di pekarangan Mahkamah Tinggi di sini bersama isterinya itu dengan wajah yang tersenyum.
Dr Wan Azizah kemudiannya dilihat berjalan menuju ke bilik perbicaraan lalu meletakkan sejambak bunga Lili bersebelahan dengan tempat di mana Anwar duduk.
Apabila ditanya oleh para wartawan kemudian apakah hajatnya sempena harijadi hari ini, Anwar sambil tersenyum berkata, dia tidak menyimpan sebarang hajat.
"Saya tidak menyambut harijadi...hari ini sama seperti hari-hari biasa. Dan jika ada sekalipun hajat ia adalah sama sepertimana hajat saya setiap hari iaitu untuk melihat terlaksananya keadilan," ujarnya.
Anwar, yang dilahirkan di Cherok Tok Kun di Bukit Mertajam, Pulai Pinang, kemudiannya menuju ke kafetaria mahkamah. Di situ beliau dijamu dengan teh dan kek hari jadi.
Antara mereka yang turut berada di kafetaria itu ialah Karpal Singh, Gobind Singh Deo dan Ram Karpal, ahli Majlis Tertinggi PKR, Datuk Chua Jui Meng dan Pengarah Strategik PKR Tian Chua.Mstar
Perutusan Khas Ramadhan 1431H - Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Manusia terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapkan antara satu sama lain. Unsur tersebut ialah tubuh dan roh. Sejak zaman berzaman, tubuh jika mengalami sebarang masalah dapat dirujuk kepada bomoh dan hari ini digelar sebagai doktor. Kesemuanya ini dirujuk apabila tubuh ditimpa sebarang penyakit. Manakala roh ataupun jiwa, jika ditimpa masalah akan dirujuk kepada pawang. Selalunya penyelesaian kepada masalah ini ialah dengan mengadu kepada kuasa lain dengan cara yang khurafat. Lalu lahirlah amalan memuja pokok, sungai, batu, cakerawala dan sebagainya.Semua ini menunjukkan keperluan untuk melunaskan fitrah manusia yang ingin bertuhan. Secara semulajadinya, manusia perlu kepada tuhan. Manusia sendiri tidak boleh menerima dengan akal bahawa dunia ini wujud tanpa pencipta. Lalu dengan keyakinan inilah, manusia mencari-cari siapakah yang perlu dirujuk ketika menghadapi sebarang masalah. Lahirlah dari rasa fitrah tersebut amalan-amalan khurafat yang wujud semenjak zaman dahulu kala.
Islam kemudiannya datang bukanlah sangat untuk mengajar manusia bahawa di dunia ini adanya tuhan kerana itu merupakan satu fitrah. Tetapi Islam datang untuk meletakkan fitrah manusia di landasan yang betul iaitu mengakui tuhan itu hanyalah Allah SWT. Jiwa dan rohani manusia dipandu dengan jelas agar mengakui bahawa zat yang layak untuk disembah hanyalah Allah SWT. Pengabdian inilah merupakan misi utama penciptaan manusia. Inilah tujuan hidup manusia yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Tujuan hidup ini tidak dapat disebut oleh mana-mana ahli fikir jika tidak merujuk kepada al-Quran. Ahli-ahli sains mungkin dapat menyebut apakah tujuan air, tanah, api, udara dan sebagainya. Demikian juga seorang ahli perubatan dapat menjelaskan khasiat ubat-ubatan yang dihasilkan. Namun, tujuan hidup siapakah yang dapat menjelaskan jika tidak Allah SWT sendiri? Sebagaimana seorang yang datang dari ceruk kampung berdepan dengan pelbagai mesin di gudang yang besar, tidak akan mengetahui fungsi setiap jentera dan suis yang dilihatnya kerana tidak mempunyai kemahiran. Orang yang mengetahui fungsi mesin yang pelbagai itu ialah jurutera yang menciptanya atau sekurang-kurangnya berkemahiran tentangnya. Demikianlah manusia, adalah mustahil seorang manusia mengetahui tujuan dia sendiri diciptakan jika tidak diberitahu oleh kuasa yang menciptakan manusia iaitu Allah SWT. Untuk memberitahu tujuan hidup inilah, dihantar rasul-rasul kepada manusia dari zaman berzaman. Merekalah yang ditugaskan untuk memandu manusia bagaimana hidup ini perlu diselaraskan sesuai dengan kehendak Allah SWT.
KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan tegas menafikan tohmahan jahat Ezam Mohd Nor.