Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 27 Januari 2010

2 Kepala Babi di Masjid Taman Datuk Harun



Pig heads left at two mosque

KUALA LUMPUR - Siak Masjid Jumhuriyyah, Taman Datuk Harun Petaling Jaya terkejut awal pagi tadi apabila terlihat sebuah beg plastik yang mencurigakan dibahagian belakang pintu masjid berkenaan. Beliau mensyaki pada awalnya ialah seorang bayi yang dibuang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Walaubagaimanapun setelah pihak pengurusan masjid memanggil pihak polis untuk menyiasat, maka mereka mendapati bahawa bungkusan itu mengandungi dua kepala babi beserta beberapa keping duit seringgit.

Pihak polis masih belum mengetahui motif sebenar tindakan provokasi tersebut. Setakat ini, belum ada kaitan yang boleh dibuat samada ia adalah respon daripada beberapa kes serangan gereja di Selangor dan Kuala Lumpur.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, tindakan yang serupa berlaku di Masjid Taman Sentosa.

Turut hadir melawat tempat kejadian ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Petaling Jaya Selatan, Ustaz Ghazali Shaari. -ANN

Gambar2 Perkahwinan Anak DS Anwar Ibrahim Part 2

SUMBER

anak-anwar-ibrahim-kahwin-1

anak-anwar-ibrahim-kahwin-2

anak-anwar-ibrahim-kahwin-3

anak-anwar-ibrahim-kahwin-4

anak-anwar-ibrahim-kahwin-5

Hishamudin tak mahu terima memorandum, rakyat tak mahu jumpa Umno


KUALA TERENGGANU – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein diberitakan tidak mahu menerima satu memorandum yang mahu diserahkan kepadanya.

Memorandum tersebut dirancang untuk diserahkan kepada Hishamudin selepas mesyuarat Perhubungan Umno minggu lalu

(Gambar - sudahlah menumpang program kerajaan, pergi mengacau sekolah tempat budak-budak belajar - Sekolah Menengah Teknik di warnai bendera Umno)

Menurut sumber, memorandum tersebut mahu diserahkan oleh kumpulan yang menyokong bekas Ketua Pemuda Umno, Mohd Sabri Alwi (Mat Kerak).

Video Sidang Media Pemuda PAS dan Dato' Seri Nizar



BACA ARTIKEL DISINI

Selasa, 26 Januari 2010

Fitnah:DS Nizar Beri Tempoh 24 Jam Stesen TV Mohon Maaf


IPOH: Menteri Besar Kerajaan PR Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menafikan laporan dua stesen televisyen swasta semalam bahawa seorang pegawai khas beliau merupakan antara 38 orang yang ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyeludupan pasir.
DS Nizar memberi tempoh 24 jam sehingga jam 3 petang esok untuk kedua-dua stesen televisyen berkenaan memohon maaf secara terbuka berhubung laporan yang disifatkannya satu fitnah.

Isu liwat Anwar:Wan Azizah dipanggil beri keterangan


KUALA LUMPUR, Jan 26 — Polis memanggil semula isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) untuk diambil keterangan sebagai saksi kes liwat penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
“Saya diminta oleh pegawai penyiasat (Penguasa Polis Jude Pereira) untuk memberikan keterangan lagi.
“Saya hairan kerana tinggal lagi seminggu kes Anwar untuk bermula, saya dipanggil... dua tahun selepas kes ini disiasat,” kata beliau kepada pemberita sebelum melangkah ke balai polis Tropicana di sini kira-kira pukul 3 petang.
Wan Azizah meninggalkan balai polis itu sejam kemudian.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....