Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 14 Ogos 2014

Wan Azizah Dapat Sokongan 30 Adun Termasuk 2 Dari Pas


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan mempunyai sokongan 30 Adun Selangor dan menggesa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan.

Selain sokongan daripada 15 Adun DAP dan 13 PKR, dua Adun PAS Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) hadir memberikan sokongan kepada presiden PKR itu.

Jumlah Jumlah itu menjadikan Pakatan Rakyat (PR) kini mempunyai 30 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

"Dengan ini saya mengumumkan 30 orang Adun PR termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar," katanya pada sidang media di Hotel Empire, Subang Jaya hari ini.

"Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baru," katanya.Ini bermakna menteri besar dua penggal itu kehilangan sokongan majoriti di DUN yang mempunyai 56 kerusi itu.

"Dengan perkembangan terbaru ini, kami mengesahkan kami mempunyai majoriti di DUN dengan sekurang-kurangnya empat orang," kata Dr Wan Azizah pada sidang media yang turut dihadiri pemimpin tertinggi PR serta Adun Selangor yang menyokongnya.

Khalid kini mendapat sokongan 12 Adun Umno dan merupakan Adun bebas di Pelabuhan Klang selepas PKR memecatnya.

PAS mempunyai 15 Adun akan tetapi 13 lagi masih belum menyatakan pendirian mereka sama ada menyokong atau menolak Khalid.

Dengan perkembangan terbaru ini Dr Wan Azizah mengatakan beliau sudah menghantar surat pada 11.30 pagi tadi untuk bertemu dengan Sultan Selangor.

Dikepilkan sekali dalam surat tersebut adalah pengakuan bersumpah 30 Adun yang menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah untuk menggantikan Khalid.

"Saya juga memohon untuk mendapatkan pandangan DYMM Tuanku Sultan Selangor sekiranya ada keperluan bagi YB Speaker memanggil sidang Dewan Negeri Selangor untuk memuktamadkan proses pertukaran YAB Menteri Besar," katanya.

Sultan Selangor pada ketika ini bercuti dan dijangka akan pulang selepas dua minggu.Dr Wan Azizah juga menasihatkan Khalid supaya menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi dengan segera meletakkan jawatan.

"Beliau seharusnya memudahkan proses peralihan kuasa secara tertib dan tidak membuat sebarang keputusan dasar atau pentadbiran setelah sah kini dengan terbatalnya keabsahan beliau sebagai menteri besar.

"Keutamaan saya ialah mengembalikan pentadbiran Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat agar segala perancangan dan dasar Pakatan Rakyat dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan seperti mandat yang diberikan rakyat.

"Oleh yang demikian, saya menyeru supaya rakan-rakan ahli Dewan Negeri dari Pakatan Rakyat yang lain yang belum membuat penyataan sokongan terbuka mempertimbangkan keperluan mendesak ini untuk mengembalikan urusan pentadbiran Kerajaan Selangor seperti biasa.

"Saya juga memuji kesabaran rakyat Selangor dalam menghadapi perkembangan politik mutakhir ini dan menasihati orang ramai agar terus bertenang sementara menunggu ia diselesaikan secara baik melalui jalan perundangan mengikut Undang-undang Tubuh Negeri," kata Dr Wan Azizah.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....