Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 18 Julai 2014

Video : Rakaman Audio Puak Pemisah Akui Tembak Jatuh Pesawat Tersebar


PETALING JAYA: Dakwaan terbaharu bahawa penerbangan Malaysia (MAS) MH17 ditembak jatuh oleh kumpulan militan tersebar, dengan rakaman yang didakwa perbualan antara pegawai perisikan tentera Rusia dan anggota kumpulan pemisah sebagai bukti, lapor sebuah akhbar Ukraine berbahasa Inggeris.

Dalam perbualan yang didakwa dipintas dan dikeluarkan oleh agensi keselamatan Ukraine (SBU), seorang anggota militan memaklumkan bahawa pesawat itu adalah '100% persawat komersial'.

Rakaman itu yang diterjemahkan oleh The Kyiv Post menunjukkan Iglor Bezler - seorang komander utama Republik Rakyat Donetsk - berbual dengan seseorang yang dipercayai kolonel bersama Angkatan Tentera Rusia, Vasili Geranin.

Bezler berkata, mereka berjaya menembak jatuh sebuah pesawat dan kemudiannya mendapati ia adalah sebuah pesawat penumpang.

Selepas itu, kedua-duanya didengar berbincang mengenai serangan tersebut dengan salah seorang daripada mereka berkata pesawat tersebut berkecai di udara.

"Kami telah menemui mayat pertama iaitu orang awam."Pendek kata, ia 100 peratus pesawat komersial," katanya.

Dia berkata, serpihan pesawat berkecai di sekitar kawasan perumahan dan tiada apa yang tinggal melainkan mayat, kerusi pesawat dan barangan penumpang seperti peralatan perubatan, tuala dan tisu tandas.

Katanya, mengenai pesawat yang ditembak jatuh di kawasan Snizhne-Torez, ia adalah pesawat komersial dan terhempas berhampiran Grabove."Terdapat banyak mayat wanita dan kanak-kanak," katanya.

Menurut laporan itu, salah satu panggilan itu dibuat kira-kira 20 minit selepas MH17 dipercayai ditembak jatuh ~ Mstar


1 ulasan:

Ismail bin Abd Rahim berkata...

Video tu palsu... Ini buktinya : http://www.youtube.com/watch?v=RMgIpC-bCfQ

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....