Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 19 April 2014

Video : MB Kelantan Ziarah Mendiang Karpal Singh


Menteri Besar negeri Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob hadir menziarahi mendiang Karpal Singh di kediamannya hari ini dan masuk melihat jenazah mendiang bagi memberikan penghormatan terakhir.

Ahmad semasa sidang media memuji mendiang sebagai pembela keadilan dan rakyat sepanjang hayatnya."Saya mewakili kerajaan Kelantan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang keatas pemergian Karpal.

"Kita kehilangan pejuang yang aktif perjuangkan keadilan rakyat," kata Ahmad dalam sidang media di kediaman mendiang.Ketibaan Ahmad yang berbaju jubah dan berkopiah disambut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli keluarga mendiang.

Ahmad kemudian menandatangani buku takziah dan terus masuk ke dalam kediaman di mana jenazah Karpal ditempatkan di dalam rumah.Selepas selesai, Ahmad kelihatan berbual-bual seketika dengan Lim dan penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Ahmad juga berkata kehilangan Karpal pasti dirasai di Parlimen kerana banyak memperjuangkan isu dan membela rakyat."Kita kehilangan pemimpin yang banyak berjasa terutamanya di Parlimen dan membela rakyat dalam banyak perkara, terutama melibatkan soal keadilan."Kita semua bersedih dengan pemergiannya," kata Ahmad.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....