Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 20 April 2014

Ahli Parlimen Umno Mohon Maaf Atas Kenyataan Menghina Karpal

  Kenyataan permohonan maaf Datuk Nawawi Ahmad

Ahli Parlimen Umno dari Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad(gambar kiri), yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini di laman sosial dengan kenyataan sensitif berhubung kematian Karpal Singh, akhirnya memohon maaf.

"Saya ingin menzahirkan perasaan kesal dan sesal saya atas perkara yang berlaku dua hari lepas berhubung tulisan di laman Facebook peribadi saya berkaitan kejadian yang menimpa mendiang Karpal Singh.

"Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa kesalnya saya, dan betapa perlunya saya meminta maaf kepada keluarga mendiang YB Karpal Singh dan semua orang yang saya singgung dengan tulisan yang cuai dan sia-sia itu," status Facebook terbaru Nawawi dipetik.

Setelah Karpal terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Khamis, Nawawi mengirim gambar di Facebook daripada kemalangan itu beserta keratan akhbar lama dengan petikan Karpal yang berkata "langkah mayatnya dahulu sebelum mewujudkan negara Islam".

 Dalam sidang media kemudiannya, Nawawi berkata setelah berfikir panjang dan meneliti kembali gambar dan kenyataan yang dimuat naik itu, akhirnya mengakui perbuatan itu adalah salah dan tidak beretika.

"Tiada perkataan yang dapat saya gambarkan betapa sedih dan menyesal di atas keterlanjuran catatan saya. Dan permohonan maaf saya datang dari saya sendiri tanpa didesak mana-mana pihak ataupun parti," katanya pada sidang media di KL Sentral, Kuala lumpur.

Beliau juga mengakui tidak peka dengan sensitiviti sekeliling menyebabkan beliau tidak sedar perbuatannya itu melukakan perasaan bukan sahaja ahli keluarga bahkan seluruh rakyat Malaysia.

"Saya gunakan akaun Facebook selama lima tahun sejak saya dilantik menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). Apa yang saya paparkan hanya suka-suka, tidak pernah menjadi masalah namun kerana saya kini ahli Parlimen maka ia mendapat perhatian orang ramai," katanya.

Ditanya adakah  menyedari perbuatannya itu bakal mencetuskan kontroversi, Nawawi berkata ketika itu beliau berada di dalam kereta.

"Semasa memuatnaik gambar itu saya berada dalam kereta. Tanpa berfikir panjang, terus menulis kenyataan tersebut kerana teringat cabaran mendiang mengenai langkah mayat beliau dahulu," katanya.

Nawawi yang juga Pengerusi Kereta Api Melayu Tanah Berhad (KTMB)‎ berkata tidak menyedari gambar yang dimuat naik itu akan menyinggung perasaan ekoran skrin telefon bimbit yang digunakan terlalu kecil.

"Saya copy paste gambar tersebut menggunakan telef‎on bimbit jenis I-Phone dan skrin itu kecil. Apabila saya balik kemudiannya buka di komputer baru saya nampak memang gambar itu amat menyinggung perasaan," katanya.

Pada awalnya beliau juga mendakwa akaun rasmi Facebooknya itu turut dikemaskini beberapa pegawai namun mengakui bertanggungjawab sepenuhnya atas perbuatan itu.

Setelah kenyataan menghina terhadap ahli Parlimen Bukit Gelugor itu, Nawawi akhirnya mengakui Karpal pemimpin dan peguam terbaik negara.

"Beliau ahli Parlimen yang dihormati dan disegani ramai. Saya secara peribadi menghormati mendiang sebagai seorang berwibawa, mempunyai prinsip dan berani menegakkan roh perlembagaan.

"Tidak syak lagi pemergian beliau kehilangan besar kepada Malaysia dan saya juga insaf dengan perbuatan saya yang melukai banyak pihak," katanya.

Nawawi berkata kesilapannya itu akan menjadi pengajaran kepadanya agar lebih berhati-hati dan berhemah dalam penulisan membabitkan akaun Facebook pada masa akan datang.Beliau antara lain turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

Turut ditanya adakah beliau akan memohon maaf secara berdepan dengan ahli keluarga Karpal, beliau tidak menolak akan kemungkinan itu.

"Ya, saya mungkin meminta maaf kepada mereka. Namun saya tidak dapat menghadiri pengebumian mendiang esok kerana ada program lain," katanya.

Khamis lalu sebagai reaksi kepada kematian Karpal, Nawawi memuat naik kenyataan di laman Facebooknya dengan menyatakan: "Siapa hendak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama,  he he," tulis Nawawi di akaun "Dato Ir Nawawi Ahmad", merujuk pada paparan keratan akhbar yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu – Karpal Singh".

Beliau bagaimanapun memadam gambar dan kenyataan berkenaan setelah dikritik ramai.Namun semalam seorang pengguna Internet, Shamsul Kamal Ariffin Mohd Nasir mendakwa ahli parlimen masih lagi bertindak menghina mendiang menyamakan peguam terkenal itu dengan Abu Jahal.

“Saya membuat komen di laman Facebooknya hari ini (semalam) untuk menegur perbuatannya yang tidak bertamadun dan memalukan orang Islam. Berlaku pertikaian pendapat antara kami yang berterusan apabila beliau menghantar pesanan peribadi kepada laman sosial saya," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau yang bekerja sebagai pelatih korporat di syarikat swasta berasa terkejut apabila Nawawi tanpa rasa bersalah menyifatkan perbuatannya menghina ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sebagai mengagungkan Islam.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....