Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 3 April 2014

Exco Selangor Mengaku Tak Bayar Lukisan Pak Samad

  Sasterawan Negara Datuk A Samad Said

Exco Selangor, Rodziah Ismail mengakui kesilapan gagal melunaskan bayaran lukisan yang dibeli daripada Sasterawan Negara Datuk A Samad Said berjumlah RM16,000.

Sehubungan itu, Jabatan Muzium Selangor di bawah Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat)‎ diarah‎kan segera menyelesaikannya jumlah bayaran tersebut.

"Lukisan ‎tak dibayar tanpa pengetahuan saya," akui Rodziah kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Bangunan SUK, Shah Alam hari ini.

Menurut Rodziah, berlaku salah faham apabila kerajaan negeri hanya membayar RM10,000 ke atas pengiktirafan Samad yang juga dikenali Pak Samad sebagai tokoh Sasterawan Selangor sahaja.

Katanya ianya tidak menyentuh mengenai sebarang urusan jual beli lukisan berjumlah RM16,000."Ada benarnya, maknanya bayaran (RM16,000) tertangguh masih belum diselesaikan," katanya yang mengakui perkara itu turut dibangkitkan dalam mesyuarat Exco hari ini.

Beliau berkata perkara itu kini dianggap selesai selepas diserahkan kepada Dr Ahmad Yunus Hairi yang memegang portfolio Sukan, Belia dan Adat Resam Melayu untuk tindakan selanjutnya.

Pak Samad hari ini mendakwa seorang Exco Selangor sehingga kini tidak membayar dua lukisan yang dijualnya bernilai RM8,000 sebuah.

Dua buah lukisan itu dikatakan dibeli untuk dihadiahkan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pak Samad bagaimanapun semasa majlis pelancaran novel “Sungai Mengalir Lesu” di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor tidak mendedahkan nama Exco berkenaan.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....