Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 27 April 2014

Azmin Ali dahului perebutan timbalan presiden PKR


Mohamed Azmin Ali semakin hampir mempertahankan jawatannya selepas keputusan tidak rasmi awal menunjukkan sokongan memihak kepada penyandang timbalan presiden PKR itu.

Sumber mendedahkan ahli Parlimen Gombak itu mendahului undi popular, jauh meninggalkan lawannya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Setakat pengundian zon pertama hari ini, sumber memberitahu The Malaysian Insider, Azmin memperolehi 53% undi popular, manakala Khalid sebanyak 28% dan Saifuddin pula 17%.

Keputusan tersebut diperoleh daripada Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sarawak.Bagaimanapun, kiraan undi masih lagi belum selesai di Kelantan dan sedang berjalan.

Menurut sumber, kebanyakan sokongan yang diperolehi Azmin juga datang daripada cabang yang majoritinya bukan Melayu seperti Stampin, Lubok Antu, Lawas di Sarawak dan beberapa kawasan cabang lain.

"Ini menunjukkan mesej yang senada dengan tema kempen Keadilan Raya yang menitikberatkan idea keterangkuman dan toleransi.

"Majoriti ahli menyokong tema Keadilan Raya yang dibawa Azmin," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Berdasarkan keputusan awal itu, sumber berkata, majoriti ahli parti tidak mengganggap PKR sebagai sebuah parti politik berteraskan kaum Melayu, tetapi adalah untuk semua rakyat Malaysia.

"Mengejutkan Saifuddin jauh ketinggalan walaupun mendapat sokongan daripada ketua umum PKR," kata sumber merujuk kepada sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR itu.

Saifuddin sebelum ini berkata PKR merupakan sebuah parti politik berteraskan Melayu, namun ia disangkal Azmin yang tidak bersetuju dengan label itu.

Proses pemilihan PKR diadakan mengikut zon, bagi minggu pertama, akan diadakan pada 25 hingga 27 April melibatkan Sarawak, Johor, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Minggu berikutnya disusuli dengan Sabah, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis pada 2 hingga 4 Mei.

Bagi minggu terakhir ia melibatkan Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang akan diadakan pada 9 hingga 11 Mei.Barisan kepimpinan baharu akan diumumkan selewat-lewatnya 13 Mei depan.

Penganalisis sebelum ini juga meramalkan Azmin akan berjaya mempertahankan jawatannya walaupun mendapat tentangan sengit daripada Khalid dan Saifuddin kerana perpecahan undi daripada kelompok penentangnya.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa dikatakan mempunyai kelebihan daripada segi sokongan dan kemahiran berpolitik.

Berbeza dengan lawannya, Azmin mempunyai pengaruh akar umbi yang kuat di dua kubu PKR iaitu Selangor dan Sabah menyebabkan beliau sukar digugat.

Daripada 500,001 ahli PKR yang layak membuat pilihan kali ini, hampir separuh daripada mereka berada di Selangor dan Sabah.

Selangor mempunyai 144,020 ahli manakala Sabah mempunyai 86,955 ahli PKR.Azmin merupakan pengerusi PKR Selangor dan bekas pengerusi PKR Sabah sebelum ini.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....