Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 9 Mac 2014

Wan Azizah Calon PRK Kajang

 Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail

KAJANG: Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail diumumkan sebagai calon PKR dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang yang bakal berlangsung 23 Mac ini. 

Pengumuman berhubung pemilihan Azizah dibuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media di Bilik Gerakan Umum PKR, Bangunan Mat Saman, dekat sini, sebentar tadi.

Keputusan itu, ujar Anwar telah mendapat muafakat pimpinan Pakatan Rakyat, PAS dan DAP.Perubahan calon PKR bagi PRK Dun Kajang ini ekoran keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Anwar bersalah dalam kes dakwaan Liwat 2 dan dihukum penjara lima tahun menyebabkan beliau gugur hak bertanding.

"Mahkamah Rayuan diperalat oleh Umno untuk halang saya jadi calon maka Pakatan Rakyat telah memutuskan Wan Azizah menjadi calon Kajang," kata Anwar.

Sementara itu Wan Azizah dengan hati terbuka menerima  keputusan  itu dan menyifatkan ianya bertepatan dengan Hari Wanita Sedunia.

"Saya akan bawa suara rakyat dan ajak bersama-sama saya untuk menolak Umno-BN. Marilah kita bersama-sama jangan tunduk dan kita teruskan perjuangan," kata Wan Azizah.

Malah katanya, inilah waktu yang terbaik untuk bersama-sama mengangkat keadilan bagi rakyat negara ini.


Ketika diajukan soalan mengapa Setiausaha PKR Datuk Saifuddin Nasution tidak dipilih bagi menggantikan Anwar di Kajang.

"Dia lebih cenderung untuk kerja-kerja setiausaha (agung)," tambah Anwar.Anwar turut menjelaskan beliau akan berkempen seperti biasa sebagaimana kempen yang diadakan sebelum ini.

Sehingga hari ini, PRK Kajang bakal menyaksikan pertandingan di antara calon wanita PKR dan BN. Wan Azizah akan dicabar oleh calon BN daripada MCA, Chew Mei Fun.

Dalam perkembangan berkaitan, PAS  menyokong penuh pencalonan Dr  Wan Azizah sebagai calon PKR dalam PRK Kajang.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yakin pengundi di Dun Kajang akan memberi mandat yang besar kepada Dr Wan Azizah bagi menyatakan sokongan dan simpati kepada tragedi malang yang  menimpa Anwar.

“Para pengundi Dun Kajang diminta menzahirkan bantahan dan tekanan kepada BN yang menggunakan mahkamah bagi menghalang Datuk Seri Anwar daripada dicalonkan di Kajang,” tegas beliau.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....