Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 7 Mac 2014

Rafizi Bakal Ganti Anwar Di PRK Kajang???

 Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli yang juga arkitek Langkah Kajang

PKR mempunyai senarai calon yang bakal mengambil tempat sebagai calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang jika Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat yang membolehkan ketua pembangkang itu dikenakan hukuman penjara, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa barisan kepimpinan PKR mengenal pasti seorang calon – pengarah strateginya, Rafizi Ramli yang juga arkitek ‘Langkah Kajang’ – sebagai kemungkinan besar pilihan untuk menggantikan Anwar.

Rafizi enggan mengulas berhubung kemungkinan menjadi calon gantian, dengan berkata ia terpulang kepada Anwar untuk mengumumkannya jika keadaan itu berlaku.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali turut menafikan ada rancangan luar jangkaan jika Anwar didapati bersalah.Seorang lagi sumber dalaman parti mengakui mereka mempunyai calon siap sedia tetapi enggan mengulas lanjut.

“Kita juga melihat ahli parti lain yang berpotensi dan boleh dicalonkan untuk mempertahankan kerusi itu,” seorang lagi sumber memberitahu The Malaysian Insider.Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mac sebagai hari penamaan dan mengundi pada 23 Mac.

Rayuan pendakwa raya terhadap pembebasan Anwar kini sedang didengar di Mahkamah Rayuan.Keputusan dijangka diketahui seawal hari ini atau selewat-lewatnya pada Isnin, sehari sebelum hari penamaan calon.

Apa yang boleh Anwar harapkan ialah mahkamah menunda penghakiman itu pada tarikh akan datang bagi membolehkan panel hakim meneliti hujahan kedua-dua pihak daripada pendakwaan dan pembelaan.

Sepanjang tempoh dua minggu lalu, Anwar berperang di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, terutama untuk mengenepikan peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada menjadi pendakwa dalam kes liwatnya, tetapi tidak berjaya.

Peluang terakhirnya untuk menghentikan Shafee sebagai timbalan pendakwa raya dalam kes liwatnya ialah dengan memfailkan permohonan penangguhan interim di Mahkamah Persekutuan pada Rabu lalu, dan itu juga ditolak.

Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh kelihatan tenang sepanjang prosiding di mahkamah dan sempat berlawak dengan beberapa wartawan yang membuat liputan kesnya.

Bagaimanapun, penyokongnya yang datang ke mahkamah untuk memberi sokongan moral bimbang dengan keputusan Mahkamah Rayuan.

Pada 9 Januari, 2012, Anwar, 66, dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah unit kondominium di Bukit Damansara pada 2008.

Jika Anwar disabitkan sebelum tarikh penamaan calon, beliau tidak layak bertanding di PRK Kajang.
Kesalahan liwat membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mengikut undang-undang, seorang ahli Parlimen atau Adun, yang disabitkan hukuman penjara untuk setahun atau lebih dan dikenakan denda RM2,000 atau lebih, akan kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat dan pilihan raya kecil akan diadakan di kawasan mereka.

Peguam jenayah berkata, liwat adalah kesalahan serius dan pihak pendakwa raya akan memohon hukuman berat iaitu penjara antara lima hingga 10 tahun.

Anwar boleh memperolehi penangguhan hukuman untuk memohon rayuan di Mahkamah Persekutuan.

PRK Kajang tercetus dengan peletakan jawatan oleh Adunnya daripada PKR, Lee Chin Cheh. Ia dilakukan bagi membolehkan Pakatan Rakyat menjadikan Selangor sebagai ‘gerbang ke Putrajaya’.

‘Langkah Kajang’ diilhamkan oleh Rafizi dalam penjelasannya mengenai keputusan parti meletakkan Anwar dalam kerusi yang dikosongkan itu.

Barisan Nasional mencalonkan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sementara bekas ahli PKR, Datuk Zaid Ibrahim dijangka menyertai perebutan kerusi itu menerusi tiket calon bebas.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....