Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 26 Mac 2014

Kakitangan PKNS Ditamatkan Kontrak Kerana Pertindihan Tugas


SHAH ALAM: Keputusan menamatkan kontrak 20 kakitangan PKNS Holdings dibuat Pemangku Pengurus Besar PKNS, Azlan Alfiah selepas kajian yang mengambil kira pandangan kakitangan tetap serta bertujuan menjaga kepentingan PKNS khususnya dalam penjimatan kos operasi, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar).

Beliau memberi  keterangan sebagai saksi kepada Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan,  Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) yang mengadakan sesi pendengaran awam berhubung Strategi Pemulihan Pengurusan PKNS-Integrity Pact.

Abdul Khalid menjelaskan, pengambilan kakitangan kontrak itu dibuat oleh PKNS Holdings dan Pengurus Besar mempunyai kuasa penuh dengan tidak perlu mendapat kebenaran beliau selaku Pengerusi PKNS.

“Bagaimanapun laporan audit dalaman menunjukkan kos operasi terlalu tinggi bagi kakitangan kontrak ini dan saya telah meminta Pemangku Pengurus Besar melihat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya,” tegas beliau.

Abdul Khalid juga mengakui telah mengarahkan PKNS bertindak segera apabila terdapat teguran  daripada wakil rakyat BN pada 2011 yang mendakwa  PKNS berbelanja berlebihan dengan melantik pegurus media, penulis teks ucapan dan pengarah pemasaran sedangkan sudah mempunyai kakitangan tetap yang berupaya melaksanakan tugas-tugas itu.

‘Saya telah mengarahkan Pengurus Besar supaya bertindak dan beliau berjanji akan memperbetulkan perkara tersebut.  Kelewatan mengambil tindakan kerana kita perlukan siasatan untuk memberi keadilan kepada semua.

"Apabila keputusan telah kita buat, ada yang tidak senang. Tetapi saya percaya, tindakan yang diambil Haji Azlan ini adalah menyeluruh,” kata Menteri Besar.

Selesai memberi keterangan, Menteri Besar mengucapkan tahniah kepada SELCAT yang berjaya  meletakkan penanda aras  yang tinggi di Selangor dengan mengamalkan pentadbiran yang berpaksikan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawab.

SELCAT dipengerusikan Speaker Dewan Negeri Selangor, Hannah Yeoh dan dianggotai empat ADUN Pakatan Rakyat iaitu Timbalan Speaker,  Nik Nazmi Nik Ahmad (Sri Setia), Saari Sungib (Hulu Kelang),  Dr Rani Osman (Meru),  Ng Sue Lim  (Sekinchan)  dan seorang wakil BN, Sulaiman Razak (Permatang).Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....