Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 26 September 2013

Tok Guru Nik Aziz Tidak Sempat Ziarah Ust Azizan

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pemergian Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak satu kehilangan besar kepada perjuangan Islam, khususnya kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

“Beliau seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan takziah di atas kembalinya Ustaz Azizan yang pernah menjadi Menteri Besar Kedah pada 2008 hingga 2013 itu ke rahmatullah jam 11.10 pagi tadi.

“Saya berhajat benar untuk menziarahi beliau sebelum ini, tetapi disebabkan masalah kesihatan, niat itu tertangguh. Termasuklah ketika Multaqa Ulamak baru-baru ini saya berhasrat hadir dan berniat untuk menziarahinya.

“Namun, Allah mentakdirkan ia tidak berlaku disebabkan kesihatan saya. Saya mendoakan semoga rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan para solihin,” ujarnya.Hrkh

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

menate tul. time jadi MB berbaris dtg menjenguk.

Tanpa Nama berkata...

dasar celaka.. masing2 letakkan kekalahan pru13 atas bahu dia smpai tertekan.. haram jadah puak bsuk hati ni.. masa dia sakit berapa kerat p lawat dia?? yg dikata musuh plak ramai ziarah.. mana nik aziz? mna nuar berahim??? bila dia dh xdak pakat berlakon kononnya sedih! puih!

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....