Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 10 Mei 2013

Terima Kasih YB Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat


Seperti lagu dan irama, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Pas dan Kelantan tidak mungkin dapat dipisahkan.Beliau timbul dan tenggelam bersama parti yang memperjuangkan Islam itu sejak 46 tahun lalu dan menjadi menteri besar 23 tahun.

Justeru, tidaklah hairan jika ramai mengalirkan air mata apabila beliau berundur.

"Islam bukan kepunyaan saya (sahaja). ALLAH beri pengetahuan bukan (hanya) kepada saya seorang, tapi ramai. Ramai pengganti, saya tak risau tentang perkara itu," katanya selepas melepaskan jawatan kepada Datuk Ahmad Yacob.

Apakah tokoh ulama yang telah lama berjuang tanpa mengenal penat ini akan terus menerajui Pas sebagai Mursyidul Amnya atau melepaskan jawatannya sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan, di masa terdekat ini belum diketahui.

Yang pasti ialah Nik Aziz meletakkan piawaian yang sangat tinggi untuk diteladani dalam dunia politik tanah air.

Untuk tidak mengecewakan pemimpin hebat mereka itu, Ahmad, 63, bersama saf pimpinan negeri, bukan sekadar perlu mengucapkan jazakallahu khairan kepada Nik Abdul Aziz, bahkan wajib melipatgandakan tenaga untuk mencapai tanda aras yang telah diasaskan oleh pemimpin misali mereka itu.

Seorang ulama yang berkelulusan Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti al-Azhar di Mesir sebelum menceburi politik Pas pada 1967, Nik Abdul Aziz dikaitkan dengan ciri-ciri seorang zuhud dalam perjalanan hidupnya.

Sejak dilantik menjadi menteri besar pada 20 Oktober 1990, beliau tidak tinggal di kediaman rasminya di JKR 10, Kampung Sirih, Kota Bharu, tetapi memilih untuk menetap di rumah kampungnya di belakang masjid, Pulau Melaka, 5 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu.

Di masjid yang hanya kira-kira 20 langkah daripada pintu rumah papannya itu, beliau mengimamkan solat, memimpin doa, memberi kuliah dan melayan ramai orang dari dalam dan luar Kelantan.

Bahawa Nik Aziz, yang sentiasa dilihat dengan jubah dan serbannya, memadam lampu ketika menunaikan solat di pejabat untuk apa yang dikatakan sebagai mengelak daripada membelanjakan wang rakyat, juga sudah menjadi pengetahuan umum.

Pada 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) menobatkan beliau sebagai menteri besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah.

Setahun kemudian, beliau dibariskan di antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia dan disenaraikan dalam buku berjudul “The 500 Most Influential Muslims” (500 orang Islam paling berpengaruh).

Walaupun dianggap ramai sebagai tokoh agama, Nik Abdul Aziz tidak terlepas daripada perselisihan pendapat, pergeseran dan kemelut politik. Beliau kerap dikritik pihak lawan biasanya disebabkan luahan perasaannya melalui kata-kata pedas terhadap mereka yang beliau anggap sebagai musuh kepada kemajuan Islam dan terhadap tindakan-yang baginya, tidak wajar.

Dalam kapasiti apa Tuan Guru Nik Aziz akan terus berdakwah untuk mengembangkan syiar Islam terlalu awal untuk diramalkan.

Tetapi yang jelas ialah, dengan segala kesulitan dalam mentadbir negeri yang sentiasa diserang musuh politik di samping mengatasi masalah dalaman yang kadangkala menggugat keutuhan partinya, kemampuan Nik Aziz merempuh cabaran adalah sesuatu yang bukan mudah ditandingi.SH

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....