Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 15 Mei 2013

PKR Dedah Penipuan Pilihanraya Di Parlimen Besut

PETALING JAYA 15 MEI: KEADILAN mendedahkan satu lagi bukti penemuan terbaru berhubung penipuan pilihan raya melibatkan calon BN Parlimen Besut, Terengganu.

Menurut Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, bukti tersebut baru diterima Sekretariat Pakatan Rakyat pagi semalam dan ia dihantar oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Besut.

“Pagi tadi (semalam) satu laporan polis dibuat oleh petugas SPR di Besut yang mendedahkan pada hari mengundi, calon BN Parlimen itu telah mengurung 24  petugas termasuk beliau untuk memangkah kertas undi,” jelas Saifuddin pada sidang media di ibu pejabat parti, petang semalam.

“Kini kita (Pakatan) ada 29 kawasan Parlimen yang mempunyai bukti kukuh menjelaskan dakwaan kita berhubung penyelewengan pilihan raya,” kata Saifuddin yang enggan mendedahkan sebuah lagi kawasan lain.

Menurutnya lagi, salinan laporan polis tersebut diserahkan kepada pasukan penyiasat Pakatan Rakyat yang diketuai Rafizi Ramli.

“Kita ada bukti kukuh untuk menjelaskan kenapa kita menolak keputusan di sesetengah kawasan, dan proses pengumpulan bukti masih berjalan,” katanya.

Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, calon BN Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menang memperolehi 35,232 undi menewaskan calon PAS, Riduan Mohamad Nor 26,890 undi dengan majoriti 8,342.

Isnin lalu, Rafizi memberitahu, terdapat 27 kawasan Parlimen yang akan disiasat dan membuat petisyen bantahan berhubung penipuan pilihan raya.KD

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

War-warkan melalui media alternatif menyeru petugas-petugas SPR beragama Islam yg diperguna oleh SPR atau UBN berlaku curang dlm PRU13 supaya bertaubat dengan tampil membantu Tim Pakatan berusaha memperbetulkan keadaan.

poyo berkata...

kakitangan kerajaan n petugas spr wajib dikecualikan dr mengundi waktu pilihanraya.ada unsur brainwash supaya mereka ini dimestikan menyokong kerajaan bn umno.

Tanpa Nama berkata...

Yg dah kena brainwash tu org lu.. sampai snggup jual kalimah.. jual ketuanan melayu.
Itu puntaksedar lg.

Tanpa Nama berkata...

Nasihatkanlah sijubri spya bertobat.
Walaupun nabi dah tak mengaku umat.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....