Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 3 April 2013

DUN negeri Pakatan Rakyat turut dibubarkan hari ini

 Najib dengan diiringi Muhyidin membuat pengumuman secara langsung pembubaran melalui TV1

KUALA LUMPUR, 3 April — Kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak hari ini dan memberi laluan kepada pilihan raya serentak seluruh negara sebaik sahaja perdana menteri mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pagi ini.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah pada 1.30 petang ini di istananya di Shah Alam, kata setiausaha politiknya kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.

“Hari ini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadap Sultan Selangor pada jam 1.30 petang ini di Istana Alam Shah.

“MB akan bertemu Sultan untuk mendapat perkenan bagi membubarkan DUN,” kata  Faekah Hussin.
Beliau berkata menteri besar akan memaklumkan kepada media tentang pembubaran DUN tersebut hanya selepas bertemu pemerintah negeri tersebut.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dijangka akan mengumumkan pembubaran DUN negeri utara tanah air tersebut dalam satu sidang media pada 12.30 petang ini di George Town.

Lim dan Speaker DUN Datuk Abdul Halim Hussain perlu mendapatkan kelulusan daripada Yang Di-Pertuan Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di kediaman rasminya Seri Mutiara.

Menteri besar di Kedah, Kelantan yang juga merupakan negeri PR juga bakal mengikut langkah sama dan dijangka akan mengadap dengan pemerintah negeri masing-masing untuk mendapatkan kelulusan.

Pagi tadi, Najib telah mengumumkan secara langsung pembubaran Parlimen di Putrajaya bagi memberikan laluan kepada Pilihan Raya 2013 dapat diadakan tidak lama lagi.

Ahli politik daripada parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) bertarung merebut 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dun pada Pilihan Raya 2013.

Seramai 13.3 juta pengundi, termasuk 3,000 yang menetap di luar negara telah mendaftarkan diri sebagai pengundi pada pilihan raya kali ini yang dilihat paling sengit dan penting untuk seluruh rakyat Malaysia.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....