Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 6 Mac 2013

[ Kemaskini ] Gambar mayat penceroboh Sulu yang ditemui anggota keselamatan

  


  Foto : Bernama

LAHAD DATU - Tiga belas mayat pengganas bersenjata ditemui di Kampung Tanduo dalam operasi susulan dan penggeledahan hari ini selepas gerakan ofensif dilancar pasukan keselamatan negara terhadap kubu kumpulan penceroboh di kampung itu.

Satu daripada mayat itu adalah pengganas yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan pasukan keselamatan pada pukul 6.45 pagi ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada pukul 4 petang ini, Ahmad Zahid berkata sembilan daripada mayat itu ditemui dalam sebuah liang kubur yang ditutup dengan kepingan papan.

Beberapa keping gambar Op Daulat yang dirakam pasukan keselamatan diedar kepada media, antaranya mayat pengganas yang di dalam sebuah kubur.

Turut diedar ialah gambar anggota forensik diserang penceroboh ketika memeriksa sebuah kubur di kampung itu dan senjata yang dirampas pasukan keselamatan. - Bernama

Sementara itu  Panglima angkatan tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menjelaskan bahawa timbunan mayat ditemui dalam satu lahad di Kampung Tanduo adalah korban dalam pertempuran yang berlakudi antara pasukan keselamatan dan penceroboh Filipina sebelum Ops Daulat dilancarkan.

Katanya, 12 penceroboh berkenaan terbunuh ketika pertempuran pada 1 Mac.Namun, pasukan keselamatan hanya menemui sembilan mayat di dalam lahad tersebut, katanya.

Pasukan keselamatan percaya terdapat tiga lagi mayat yang kini sedang dikesan, tambahnya.Mayat berkenaan mungkin telah dikebumikan atau dibawa ke kawasan lain yang tidak diketahui, katanya dalam satu sidang media di Felda Sahabat Residence petang ini.

Jumlah penceroboh yang dibunuh sejak konflik ini bermula adalah 13 orang, termasuk seorang yang ditembak mati pagi ini.

Terdahulu, dua menteri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan gambar menunjukkan bukti kematian berkenaan dalam satu sidang media petang ini.M'kini

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa mayat tu ada dalam lubang? derang tengah kena serang dengan jet... sempat lagi gali lobang ke? luas dan dalam lak tu lubangnya...

tak rereti nak lari dulu?

moskel sungguh nih...

Tanpa Nama berkata...

bangang apa kau ni.....bahalul betul...bacalah betul2 siallll.. tu mayat tentera sulu yg mati semasa pertempuran pertama dulu...kan dah tulis sebelum ops daulat...bodoh betul...

Tanpa Nama berkata...

Bila masa lak kau pegi cek dan confirm tu mayat pertempuran pertama. PDRM KATA mereka dah jumlahkan bilangan mayat pada pertempuran yg pertama dulu.

Jadi agaknya Sape yang bodoh...

Yang atas tu cuma moskel je..ok la jugak..

Yang kau kat bawah tu mcm pakar pulak...

Hanya orang bangang saje kata orang lain bangang dan confirm dia bangang sedangkan yang dikatakan bangang tu belum pasti bangang..(ini ayat reporter kalau tak silap aku...)

Tanpa Nama berkata...

Lubang tuu...mcm dah lama nampak
lagopun tepi jln...mushkil2

fariszam berkata...

Haa....ini baru Betul masalah Negara...

Tanpa Nama berkata...

Makin lama aku dok tengok dok follow kes Lahat Datu nih makin banyak yg jadi tanda tanya & makin lari skrip pencerobohan terhadap sesebuah negara...

Persoalan :

1. Media luar tidak diberi kelulusan dan dibenarkan masuk untuk membuat liputan tentang kes ini, melainkan media bawah telunjuk kerajaan saja.

2. Pertahan negara adalah tanggungjawab Askar, tapi kenapa polis yang diberi tanggungjawan menjadi ketua dan pihak Askar jadi assistan saja.

3. Gambar ada tapi mana video.. skg nih zaman dah canggih... kamera pon boleh amik short video HD quality.

4. Apakah bila berlaku keadaan begini, rakyat tempatan kg tersebut tak kena tembak oleh musuh atau paling kurang dicederakan oleh pihak penceroboh.

5. Kenapa dalam keadaan kecoh sebegini yang melibatkan isu dua negara, PM & TPM kita masih dok enjoy dan tengah gila buat kempen sana sini.

Fikir-fikirkan.

Tanpa Nama berkata...

lihat gambar 1 dan gambar 3 ,pants dan boots hampir sama.

Tanpa Nama berkata...

sape tgk berita live tv3? aku tengok..sbnrnya hishamudin siap slh ckp lgi..dlm gmbr kubur tu ade 7 org je..lps wartawan tanya baru..baru zahid hamidi kata 9 plak....lpstu wartawan tanya bertubi2..smpai hishamuddin berpeluh2..

Tanpa Nama berkata...

something wrong somewhere pasal lahad datu ni..

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....