Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 21 Mac 2013

Anwar fail saman Papa Gomo RM100 juta

KUALA LUMPUR 21 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman RM100 juta ke atas Papa Gomo berikutan gambar fitnah lucah disiar blogger pro Umno itu yang menyerupai Ketua Umum KEADILAN.

Saman itu difailkan jam 10.30 pagi ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui peguam N Surendran.

Anwar menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik blog Papa Gomo, sebagai individu bertanggungjawab menyebar tuduhan liar yang mengaitkan beliau dengan video seks palsu.

Penyebaran gambar fitnah itu diterbitkan blog tersebut pada 16 Mac lalu.Selasa lalu, Surendran menghantar surat tuntutan supaya Papa Gomo menarik balik tuduhan berniat jahat, meminta maaf dalam tempoh 48 jam mulai hari itu, dan membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta.

Bagaimanapun, beliau gagal berbuat demikian, menyebabkan Anwar meneruskan saman.Fitnah terbaru itu disebar kira-kira seminggu selepas Azlan Md Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari membuat pengakuan betapa kes Fitnah II hanya konspirasi politik untuk memenjarakan Anwar.

Bagaimanapun, individu dalam gambar berkenaan kelihatan tegap dan terlalu muda tanpa kedutan berbanding susuk lelaki berusia 65 tahun seperti Anwar.

Ia mungkin cubaan blogger pro-Umno untuk membaiki kesilapan pada rakaman video yang direka trio Datuk T, diketuai ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay pada 2011 yang memapar individu berperut buncit.KD

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau kata datuk Eskay fitnah dan reka video tu pasal apa Nuar tak saman. Macam takuuuuut je... Macam tu jugak apa yang Umi Hafilda dan Zul Nordin cakap. Nuar tak berani dan elak-elak saja. Fikirla sama kalau ada otak.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....