Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 24 Februari 2013

Kanyataan Balas Tok Guru Nik Aziz Terhadap Harussani

AGAK kecewa saya membaca kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini 24 Februari 2013 di muka hadapan.

Mengikut laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa sikap Pas lebih teruk dari kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat.

Saya mengira kenyataan ini sangat berat apatah lagi jika ia keluar dari mulut seorang mufti yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak berpihak dalam pertembungan parti-parti politik.

Jika ia hanya satu manipulasi media, satu penafian perlu dibuat dengan segera.

Tetapi melihat kepada rekod sebelum ini di mana belum pernah kedengaran sebarang penafian dibuat terhadap laporan akhbar mengenai kenyataannya, saya kira kenyataan itu benar-benar keluar dari mulut beliau.

Saya pohon kepada Mufti Perak agar berhati-hati dalam membuat ulasan. Hari ini maklumat boleh diakses dengan mudah, sebarang ulasan berkenaan kenyataan saya dan pemimpin Pas yang lain khususnya eloklah dirujuk kepada sumbernya yang sahih.

Rakaman ucapan saya yang didakwa menyifatkan penerima bantuan sebagai 'haiwan' juga sudah disiarkan dengan meluas, mustahil pejabat mufti Perak berhalangan untuk mendapatkannya.

Adakah dalam rakaman tersebut saya menyifatkan penerima bantuan sebagai haiwan?Tentu sekali tidak.

Bahkan saya selama ini menggalakkan rakyat Kelantan yang layak menerima bantuan untuk beramai-ramai mengambil bantuan yang diberikan. Ini kerana wang yang diberikan tentu sekali bukan wang Umno/Barisan Nasional tetapi wang kerajaan dan milik rakyat.

Namun mengambil kesempatan daripada majlis pembahagian bantuan seperti ini untuk menyampaikan dakyah ideologi kepartian ialah satu perbuatan yang terkutuk.Pas juga dituduh berkerat rotan dengan Umno.

Kenyataan begini sebenarnya berpunca daripada jahil sejarah. Rujuklah sejarah politik negara, bukankah Pas pernah menyertai Barisan Nasional? Apabila Pas berada dalam Barisan Nasional, Umno pula mengambil pendirian untuk menendang Pas keluar kerana 'cemburu buta'.

Saya ingin ulangi, bukan Pas yang keluar daripada Barisan Nasional tetapi Umno yang membuat ketetapan untuk menendang Pas keluar.

Inilah yang termaktub dalam ucapan Allahyarham Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977.

Justeru, Tan Sri Mufti Perak wajar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Jika perkataan sebegini keluar dari mulut saya, agaknya berbulan-bulan ia akan diratib tanpa henti oleh media massa.

Pesan saya kepada Tan Sri Mufti Perak, janganlah melampau-lampau sangat menunjukkan sokongan kepada Umno/Barisan Nasional.

Jika ditakdirkan nanti Umno tersemban dalam pilihan raya, saya bimbang ada individu yang mencari makan dengan Umno terkial-kial kelemasan mencari pelampung!SH

4 ulasan:

kluangman berkata...

Wow ugut pula! Podah..

Yg menyokong bn bukan mcm ayam itik nik aziz...bn menang atau ialah, kami terus hidup atas usaha sendiri

Tapi kami tak rela ulama sesat menang

fidel castro berkata...

ULAMAK YANG SESAT TU HARUNSANI.

Tanpa Nama berkata...

kluangman. anda ni dah benak hati sgt kot,byk sgt mkn hasil dari benda haram...semoga allah memberi hidayah pada anda.

cucukerinci berkata...

nama pun kluangman....mana tau halal haram ...semua dia sapu tak kira siapa tuannya....gunalah akal utk berfikir bukan utk buat fitnah...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....