Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 22 Februari 2012

Israel : Kenyataan Rasmi Tok Guru Nik Aziz Selepas Bertemu DS Anwar

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.

"Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine.

"Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat," kata beliau dalam kenyataan rasminya selepas bertemu dengan Anwar semalam.

Berikut adalah kenyataan penuh Mursyidul Am PAS:

DATUK SERI ANWAR, PALESTIN DAN ISRAEL

Pagi semalam, sekitar jam 9.30, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu.

Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulamak PAS minggu lepas yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel.

Majlis Syura Ulamak juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan agar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama.

Pada pertemuan itu saya ditemani oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Ia berlangsung dalam suasana harmoni. Datuk Seri Anwar telah menjelaskan kesemua isu yang telah berbangkit.

Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak, iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini.

Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestin. Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestine, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram.

Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin. Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat. Apa pun saya yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.

Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.

Nik Abdul Aziz Nik Mat.
PNB Darby Park, Kuala Lumpur.
29 Rabi'ul Awal 1433 H | 22 Februari 2012.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak boleh macam ni tok guru. saya orang pas sendiri terkeliru, macam mana parti pas yang kuat boleh terlalu berlembut sangat dengan DSAI. kita patut lebih keras. kalau kita hanya menyatakan pendirian tanpa tindakan, dikhuatiri nanti ramai orang yang akan menyokong atau bersimpati dengan israel.
ramai rakan2 dalam pas yang berbincang dengan saya mengenai isu ini. kalau dulu kita berdemo semasa pemain kriket israel datang malaysia, lepas tu kita menentang boxer tomoi israel datang selangor, sekarang kita macam berlembut dalam isu yang sama.

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 10.31, lain macam je bunyi. ni orang pas ke orang umno yang menyamar pas ni. tuk guru adalah perancangan dia. dia pun dah nyatakan pendirian pas dekat DSAI. politik ni ada strategi. kalau keras sangat, nanti takut undi orang kafir lari dekat umno. kita make sure dapat undi cina dulu, lepas dapat putrajaya, barulah kita berkeras.

Tanpa Nama berkata...

betul tu.. israel hanya sebagai satu senjata untuk menakut-nakutkan pengundi agar jangan mengundi PR..sama satu ketika dulu bila Singapura turut menjadi senjata untuk menakutkan pengundi..kononnya kalau mengundi selain dari BN melayu akan mundur..melayu malaysia akan menjadi seperti melayu singapura.. katanya la..hakikatnya sekarang ni pun melayu mundur..paling ramai yang mohon BRIM tu sapa..? tak ke orang melayu.. tapi tauke kedai 1 malaysia paling ramai sapa? orang melayu ke? 54 tahun BN memerintah kat mana tahap melayu tu terletak.. islam tak yah cerita la..setakat nama sahaja lah..

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....