Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 10 Disember 2012

Selangor saman balas 'dalang' peralat ibu tunggal

KUALA LUMPUR: Heboh sebelum ini apabila 2,020 ibu tunggal berdemo dan menyaman kerajaan negeri Selangor ekoran dakwaan gagal mengotakan janji manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) lalu untuk membayar elaun kepada ibu tunggal.
 
Ketika demo yang turut disiarkan Buletin Utama TV3 baru-baru ini, wakil ibu tunggal Puan Murtini Kasman yang ditanya oleh wartawan stesen swasta itu, mengecam kerajaan negeri Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat.

Tidak lama selepas itu, maklumat tentang Murtini mula tersebar di blog dan juga Facebook.

Antaranya, beliau didakwa merupakan bekas Ahli Jawatankuasa Umno Tanjung Karang Sesi 2008/11 dan merupakan pengundi berdaftar di Parlimen Tanjung Karang iaitu kawasan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Beliau juga bekas penerima Anugerah Tokoh Keluarga Mithali Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Selangor 1429H.

Selain itu beliau juga merupakan pemilik sebuah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

Saman balas terhadap 'dalang'

Sementara itu, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail semalam memberitahu, kerajaan negeri sedang mengkaji untuk membuat saman balas terhadap  saman yang difailkan 'dalang' di sebalik ibu-ibu tunggal tersebut.

Katanya, saman balas itu dibuat kerana ia melibatkan integriti kerajaan negeri yang dicalar oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Kita sudah menerima surat saman daripada Tetuan Kamarudin & Partners dan kini pihak kami sedang meneliti saman itu serta peguam negeri sedang menyediakan beberapa dokumen untuk kita membuat saman balas,” katanya.

Beliau berkata, 2,020 penama ibu tunggal yang didakwa tidak menerima bantuan ibu tunggal itu turut akan disemak bagi mendapatkan kesahihan dakwaan mereka.

Beliau turut menasihatkan kepada ibu tunggal yang terlibat supaya tidak menjadi ‘kuda tunggangan’ mana-mana pihak lain yang untuk kepentingan parti politik.

“Saya berani mengatakan bahawa mereka ini hanya ‘berlakon’ kononnya dianayai oleh Kerajaan Negeri disebabkan desakan atau ditipu parti politik lain,” katanya.

Rodziah juga menjelaskan, ‘elaun’ yang dinyatakan dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya lalu tidak menyatakan pemberian berbentuk wang ringgit kepada ibu tunggal sebaliknya mengutamakan mereka yang layak.

Tetapi, ia adalah bentuk bantuan yang disampaikan menerusi beberapa program antaranya program ekonomi yang melibatkan ibu iaitu Program Pemberdayaan Wanita menerusi Pusat Wanita Berdaya (PWB), Skim Mikrokredit Bandar dan Luar Bandar (MiMBAR dan SkimSel), Progran Pemberdayaan Ibu Tunggal SOHO Selangor dan Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA).Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....