Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 10 Disember 2012

Ahli Parlimen Jerantut Nafi Keluar Umno Tapi Sokong PR

KUALA LUMPUR 10 Dis: Ahli Parlimen Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar yang juga Ketua Umno Bahagian Jerantut, mengakui menyokong perjuangan Pakatan Rakyat (Pakatan).

Adik kepada Sultan Pahang itu yakin dengan hala tuju Pakatan yang disifatkannya lebih berani bertemu rakyat bagi menerangkan dasar mereka untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Katanya, tindakan mesra rakyat itu bukan sahaja berjaya meraih undi untuk Pakatan, malah lebih senang mendekati pengundi dengan tawaran menarik.

“Mereka (Pakatan) cuba terangkan apa yang boleh diberikan kepada rakyat dan negara jika menang dalam pilihan raya. Ini tak ada masalah,” katanya kepada Keadilan Daily.

Perkembangan terbaru  ini tentunya menggerunkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berikutan Tengku Azlan adalah ahli parlimen di negeri kelahirannya.

Dalam pada itu, Tengku Azlan menafikan dakwaan akhbar berbahasa Tamil dan laporan beberapa blog menyatakan beliau keluar Umno dan menyertai badan bukan kerajaan (NGO) Amanah Merdeka Rakyat (Amanah).

“Tak betul, saya hanya ‘berundur’, tapi bukan keluar Umno. Belum terlintas lagi. Belum lagi (masuk Amanah). ‘Amanah’ (saya) untuk selamatkan negara, untuk tolong rakyat miskin.

“InsyaAllah…(akan sertai Amanah) Tapi bukan tahun ini, lagi pun sudah hujung tahun. Saya sokong perjuangan Amanah. Amanah untuk membantu masyarakat lebih maju,” jelas bekas Menteri Pengangkutan itu.

Menurut Ahli Parlimen selama tiga penggal itu, beliau akan berundur daripada menjadi calon PRU 13 dan menyerahkan mandat kepada orang muda.

“Bagi laluanlah kepada orang muda…Saya kena buat pembaharuan. Tapi orang muda jangan hanya pandai bercakap, mesti bertindak. Tunaikan melalui perbuatan untuk kebaikan orang muda juga,” tegas veteran Umno Pahang itu lagi.KD

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah.cara berfikir sebegini lahlah yang akan memantapkan malaysia.seterusnya mekar dari masa kesemasa.disana banyak mereka2 yang tidak tahu meletakkan diri mereka setelah berlaku lumrah alam aturan dari tuhan. mengambil sikap mencari dan melihat perkara yang tidak selesai dieranya sebagai sebuah perjuangan suci seperti mandi pagi kalau boleh untuk menyegarkan diri.

siapa pr? menjadikan kesilapan menerima lumrah alam ini akan penuh kecederaan.

mahathir satu contoh negarawan agung; sebelum selepas dan setelah merangkul orang 1.orang 1. ..yang melihat banyak perkara2 masih tidak selesai oleh nya tetapi tetap meneruskan perjuanganya. arah tujunya untuk agama bangsa dan negara.

assipi 6145

Generasi Terhebat Terengganu Bangkit Runtuhkan UMNO berkata...


UMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap BODOH?

2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...


~ BUKTI 1 ~

~ BUKTI 2 ~

~ BUKTI 3 ~

~ BUKTI 4 ~


Saya mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah kurang 5 tahun, hutang berkurang. Bandingkan dengan Terengganu yang diperintah BN sejak 50 tahun dulu... Kat mana hebatnya Pemimpin UMNO yang menafikan kewibawaan Pemimpin Pakatan Rakyat? Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul.. ( Buktikan kalau saya bercakap bohong)

Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.

Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR....

~ (( Budaya Samseng )) - Ahli2 Mahu Lari Dari UMNO ~

Biarkan UMNO bersendirian... Mereka tidak mahu bersatu, kita boleh bersatu sesama kita... Mereka pentingkan perpecahan... Biarkan mereka... Mereka lebih mengutamakan keganasan untuk mengekalkan kuasa... Biarkan mereka..... Mereka hanya mahu jadi samseng... Biarkan mereka samseng selamanya....

Biarkan pemimpin2 UMNO memperbodohkan ahli2 mereka selamanya...

Tanpa Nama berkata...

anon 10:18,Madey kembali semula ke kancah politik bkn lh kerana sayang ny kpd negara.Madey mrh kn Pak Lah,krn Pak Lah bnyk membatal kn projek2 Mega Madey apabila dia berkuasa.Dn satu lg krn Pak Lah membebas kn DSAI dr penjara.Begitu jg sekarang ini,Madey kembali bkn krn syg kn negara tp merasa risau jika PR berjaya memerintah negara,kemungkinan bsar Madey dn anak2ny srta kroni akn menjadi penghuni "homestay" Sg Buluh.

Tanpa Nama berkata...

persepsi mengalahkan fakta.

budibicara dalam 'buku keramat md' memperlihatkan ketokohan mahathir buat semua rakyat msia. sisa sisa anjakan kepimpinanaya masih tidak berubah.dipercayai akan ketekunan perjuanganya.

tiada projek mega menjadi gajah putih atau auta kepada msia.

kedurjanaan nuar menjadi fokus keaiban perlu difahami bagi msia meletakkan jatidiri dipersada agama dan islam semestinya.siapa yang tidak perduli? pr!

keadilan bila pr memerintah membuka pintu homestay sg.buluh..mungkin 0.000001%. biar putih tulang jangan putih mata mungkin menjadikankanya 100% kehidupanya.

3701 iliyno

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....