Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 4 Disember 2012

Lagi Laporan Polis Terhadap Shahrizat

 Pemuda dan Muslimat PAS menunjukkan laporan polis  yang mereka buat di Balai Polis Sentul semalam

KUALA LUMPUR: Ucapan Ketua Wanita Umno yang hilang jawatan ekoran kes NFC, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang mengugut akan berlaku huru hara jika Umno kalah mula mendapat reaksi rakyat.

Reaksi yang paling jelas adalah ia dianggap ugutan kepada rakyat dan laporan polis dibuat terhadap ucapan itu.

Beberapa aporan polis terhadap Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi oleh kepimpinan dan anggota Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan semalam.

Laporan tersebut diadakan berhubung dengan kenyataan Shahrizat yang berbaur ugutun kepada rakyat Malaysia dan boleh mencetuskan huru-hara ketika berucap di Perhimpunan Agung Wanita UMNO pada 28 November yang lalu.

Menurut Kamaruzaman Mohamad, Ketua Dewan Pemuda PAS WP, kenyataan yang dibuat oleh Shahrizat merupakan suatu kenyataan yang sensitif yang mengugut rakyat Malaysia agar terus mengundi UMNO/BN dalam pilihanraya akan datang. Beliau memohon polis membuat siasatan terhadap Shahrizat.

Turut hadir bersama dalam membuat laporan tersebut ialah  Mohamad Suhaimi Abdul Aziz selaku Timbalan Ketua Pemuda PAS WP dan  Yusapiza Yaacob, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS WP.Laporan polis terhadap Datuk Seri Shahrizat turut dibuat oleh Pemuda PAS Kawasan sekitar WP.

Di Batu, satu laporan polis telah dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu bersama Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu di Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur. Laporan ini telah diketuai oleh Abu Bakar Abdul Rahman.

Pemuda PAS Kawasan yang lain yang turut sama membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Shahrizat ialah Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju, Putrajaya dan Segambut.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....