Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 1 Oktober 2012

Tok Guru Nik Aziz mahu isu royalti diselesai

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak persoalkan kandungan Bajet 2013 yang dibentangkan Kerajaan Pusat Jumaat lalu, sebaliknya mahu tuntutan royalti petroleum Kerajaan Negeri diselesaikan.

Beliau berkata, sekiranya isu tuntutan royalti tidak diberi keutamaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), ia akan memberi kesan besar kepada rakyat Kelantan dengan menolak Kerajaan Pusat.

"Kerajaan Pusat nak belanja banyak mana duit saya tidak soal, tapi jangan sampai ganggu royalti Kelantan, rakyat Kelantan tidak akan beri undi kepada pusat sekiranya royalti diganggu," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau mengulas Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat lalu, yang turut memberi manfaat golongan muda.

Ditanya adakah beliau berpuas hati bajet yang dibentangkan, Nik Aziz mengakui belum membaca inti pati sepenuhnya namun diberitahu ia mempunyai unsur beli undi.

"Saya belum baca sepenuhnya, tetapi orang sibuk membicarakan soal beli undi, saya tidak mahu kata ia betul atau tidak, tetapi jika ada benda pelik (pemberian wang) berlaku sebelum pilihan raya, ini bermakna ada sesuatu yang tidak betul," katanya.

Menurutnya, sekiranya benar unsur beli undi berlaku, tindakan Kerajaan Pusat itu seolah-olah memberi ‘gula gula’ sekali gus merendahkan nilai rakyat.

Kelmarin, Nik Aziz dipetik berkata, bajet yang dibentangkan tidak seimbang antara dunia dan akhirat.

"Jenayah yang berlaku dalam negara, sama ada bunuh, ragut, samun, rompak, rasuah dan berbagai lagi semuanya berlaku akibat tidak ada rasa takwa pada ALLAH SWT.

"Inilah natijah yang akan diterima rakyat kalau pentadbir negara hanya pentingkan dunia dari akhirat," katanya.SH

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...


nik ajis amat teruja dengan undi rakyat kelantan kepada kerajaan pusat.seakan membenarkan kerajaan nya di diambil alih oleh pusat dengan syarat royalti tidak diganggu.

kita percaya rakyat kelantan bertambah bijak melihat isu royalti ini sebagai candu keruntuhan pas, tetapi sebaliknya sebagai ubat ampuh kerajaan pusat demi rakyat kelantan yang berpenyakit.

pilihan persepsi sebegini bukan gangguan.nik ajis mempuyai hak menyatakanya sebagai tanggungjawab sebagai mb..

28 eantcit

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....