Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 11 Ogos 2012

Tamrin Bakal Sertai Pas ???

KUALA LUMPUR: Sambil berseloroh, anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Ghafar Baba, Datuk Tamrin Abdul Ghafar berkata beliau akan menyertai PAS apabila telah mendapat ilham.

Beliau yang kini masih lagi ahli Umno berkata, banyak pihak sebelum ini mengajaknya menyertai parti Islam itu namun belum tergerak hati berbuat demikian walaupun sering tampil berceramah di pentas PAS.

"Tunggu la, dapat ilham nanti saya join la. Tuan-tuan doa la malam ni untuk saya supaya saya cepat sikit masuk PAS," katanya sambil tersenyum.

Beliau berkata demikian menjawab soalan hadirin pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) di sebuah restoran di Gombak semalam.

Soalan tersebut berhubung pelbagai gesaan agar beliau meninggalkan Umno dan menyertai Pakatan Rakyat ekoran dilihat tidak sebulu lagi dengan pimpinan Umno pada hari ini."Saya secara peribadai lebih seronok dengan tuan-tuan ni, cuma bila PAS nak terima saya.

"Saya dah ikut Mazlan (Aliman) lama dah, tapi baju hijau tak dapat lagi. Mana boleh join PAS stakat pakai skaf," katanya berseloroh lagi sambil merujuk gambarnya di poster di belakang pentas.

Poster tersebut mempamerkan gambarnya memakai skaf hijau dengan tulisan PAS dalam satu ceramah di ibu negara sebelum ini.

Sementara itu, beliau turut ditanya apakah amanat terakhir Tun Ghafar kepada anak-anak.Beliau berkata, Tun banyak kali berpesan agar anak-anak berjuang untuk kepentingan rakyat.

"Kami dinasihatkan kalau berjuang berjuang utk rayat. Itu pesan dia banyak kali."Dia kata biar kita miskin (dunia) tak mengapa, janji tuhan tahu kerja baik kita," katanya.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....