Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 10 Mei 2012

Rahim Nor nafi kata Tok Guru Nik Aziz bapa kafir ???

Keratan berita NST 8 Mei 2012

KUALA LUMPUR: Siapakah sebenarnya yang mendakwa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'bapak kafir'?

Persoalan ini timbul apabila bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor menafikan beliau mendakwa Menteri Besar Kelantan itu sebagai 'bapak kafir'.

Menurut Rahim, apa yang beliau katakan hanya sikap para pemimpin PAS termasuk Nik Aziz dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menggunakan hujah agama untuk melawan Umno.

Ia bermula apabila, akhbar Umno, New Strait Times baru-baru ini menyiarkan satu laporan bertajuk "Nik Aziz is father of kafir" (NST 8 Mei).

Dalam berita itu, NST melaporkan Rahim yang mendakwa Nik Aziz dengan menggunakan perkataan demikian.

Menurut apa yang tertera pada NST di muka surat 6 itu, laporan itu dibuat oleh dua wartawan iaitu Rahmah Ghazali dan Lim Poh Lian.

Rahmah pula melalui Twitternya menafikan beliau membuat laporan itu dan hanya terlibat dengan laporan yang memetik kenyataan Mahfuz Omar sahaja yang terletak di hujung berita itu.

Ini bermakna tinggal dua sahaja sekarang iaitu seorang lagi wartawan atau editor kepada berita berkenaan.

Menurut Rahim dalam penjelasan bertulisnya itu, beliau ditemubual melalui telefon oleh wartawan NST.

Rahim juga menjelaskan, beliau tidak pernah mengatakan Nik Aziz adalah 'political animal' kerana istilah yang beliau gunakan adalah 'political creature'.Hrkh

1 ulasan:

anakmuridTGNA berkata...

kah kah kah!
macam dulu-dulu juga, muka Anwar yang berdarah bukan polis yang tumbuk, Anwar tumbuk sendiri mukanya sampai berdarah, akhirnya terdedah, bukan polis yang tumbuk, tapi ketua polis yang tumbuk.
inipun sama, jala cerita selari, bukan Rahim Noor yang kata TGNA bapa kafir, tapi mulut bekas ketua polis yang kata.
Kalau beliau tidak kata, kenapa tidak saman sahaja akhbar gila babi itu.
Orang PAS haram beli akhbar penghina.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....