Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 1 Mei 2012

Fitnah Seks : Jawapan Balas Azmin Ali

Salah satu gambar yang disiarkan blog pro umno khusus untuk mengaibkan Azmin

Saya mengecam sekeras – kerasnya fitnah yang ditohmah ke atas diri saya bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga. Fitnah jelek ini disebarkan oleh media yang dikuasai UMNO yang memetik sumber blog pro UMNO. Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita di dalam tandas.

Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ianya adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya amat kesal memandangkan tindakan ini adalah fitnah bersiri terhadap saya dan keluarga selepas fitnah jijik ke atas isteri dan anak saya, disusuli dengan dakwaan pemilikan saham kemudiannya saya dituduh menghina Raja – Raja Melayu dan baru- baru ini saya ditohmah mencetuskan provokasi dalam Himpunan Aman Bersih 3.0.

Sebelum ini saya dan isteri serta anak kecil saya telahpun melakukan ujian DNA sebanyak dua kali dalam bulan Julai 1998. Kedua-dua keputusan ujian tersebut menempelak fitnah ke atas saya, isteri dan keluarga. Hasil ujian jelas menyebut serta mengesahkan saya dan isteri merupakan ‘biological parent’ kepada anak kami. Ujian DNA tersebut sekali gus memelihara maruah saya dan keluarga.

“The results from all three genetic loci show that the donor of blood specimen marked ‘X’ (putative father) is the biological father of the donor of the blood specimen marked ‘Y’ (child).”

Namun UMNO masih mengulangi fitnah kejam tersebut sepanjang 14 tahun ini walaupun bukti sudah jelas lagi nyata bahawa tuduhan mereka terhadap saya dan keluarga merupakan pembohongan semata-mata.

Setelah kesemua fitnah tidak berjaya, mereka mengulangi skrip usang fitnah seks yang memualkan untuk mengaib dan mematahkan semangat saya. Fitnah jahat seperti ini diulang – ulang untuk membentuk persepsi rakyat terhadap maruah dan kredibiliti saya menjelang pilihan raya.

Munculnya fitnah ini tatkala UMNO dihimpit krisis keyakinan dan menjadi sasaran kemarahan rakyat selepas perhimpunan BERSIH adalah untuk mengalih pandangan rakyat dari isu sebenar iaitu isu penipuan pilihanraya dan penyelewengan dana awam.

Saya ingin menegaskan bahawa saya tetap tuntas dengan perjuangan membawa obor reformasi demi rakyat. Saya menyeru kepada pimpinan UMNO supaya menghentikan budaya politik fitnah yang boleh menghancurkan negara dan masyarakat.

Saya akan terus bersama – sama pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat untuk menjana Perubahan dan membawa kemenangan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Mohamed Azmin Bin Ali

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sudah-sudahlah UMNO oooi, hidangan kisah seks yang dibawa sudah tiada uuuump lagi, sebab selalu sangat dihidang tanpa bukti yang sahih seperti yang dikehendaki oleh syarak.

Jika benar apa yang UMNO suka dakwa tu, cubalah bawa bukti-bukti itu ke mahkamah syariah...

Kenapa mahkamah syariah? Sebab mahkamah sivil tak leh terima kes kalau terbukti hubungan yang dibuat adalah suka sama suka.

Tanpa Nama berkata...

first sekali . tak kan semua kerja umno .pasai apa umno tak dak video nik aziz , hadi awang atau mantan presiden pas fadzil noor .pasai apa tak dak video Hassan Ali . pasai apa tak dak video Dr Mahathir sebab dia orang tak penah buat kerja ni. ORANG KATA MENCURI TAK AKAN KENA FIRST TIME. TAPI SECOND dan THIRD TIME cukup BAHAYA.PIKIAQ la dulu .UMNO tak dak kerja lain ka . ASYIK ANWAR IBRAHIM dan AZMIN ALI.

Tanpa Nama berkata...

di dunia babi umno ni hepi la fitnah org,ko ingat ko ada anak bini nanti kena fitnh baru padan muka...bawa tobat ler omno woi...saper yg cayer dpt gak saham...sendiri mau ingat

Tanpa Nama berkata...

Sikit2 salahkan umno..tapi aku yg neutral tengok bila pemimpin bn ada buat salah dan ada bukti mereka letak jawatan ....gentlemen

tapi pemimpin PR...siap bukti ada seluruh rakyat tengok satu dunia tengok tapi nafikan bagai nak gila...

semua kes samada liwat 1 & 2, china doll, bersih 2 & 3....semua perkara nafikan...

takpa2..Allah maha hebat dan maha kuasa...Allah akan tunjuk satu persatu ...Allah akan bukak satu persatu... takkan selamatnya orang yg berbuat dosa dan tak ngaku dan tak bertaubat ni...
Allah takkan simpan lamanya

semalam azmin dan anwar bagai orang gila nafikan bg arahan pendemo rempuh benteng..menipu lagi tambah dosa...satu dosa buat tambah satu dosa baru...Allah buka buruk lagi..tup tup arini keluar video dan gambar seiras azmin...nampaknya cam blogger yang buat..tapi sebenarnya Allah keluarkan...blogger hanya digunakan oleh Allah utk bukak aib pemimpin penipu mcm azmin dan anwar...

tunggu la lagi satu persatu Allah akan singkapkan segala buruk korang..

tengok nik aziz beria2 nak berkawan dgn syaitan...skang Allah dah izinkan dah berkwn dgn manusia berupa perangai syaitan yg suka lgbt, murtadz, pluralisme...kan nik aziz dah dpt kawan berperangai syaitan

sehinggakn aku yh nuetral naik menyampah tengok muka nik aziz.. sama ngn hadi Allah dah satukan dah hati dgn ustazah ambiga sanggup perkecilkan kerisauan ustaz nasha tentang lgbt...

dah tak lama dah anwar azmin nik aziz hadi semua akan Allah hancurkan dengan sehancur-hancurnya..

tunggu balasan dan azab Allah krn berbuat kerosakan dimuka bumi Allah

Tanpa Nama berkata...

SEMUA INI FITNAH FBI - DAVID KORESH kata - SIAPA DAVID KORESH cari di INTERNET sebab orang PAS tak akan tengok astro . Tapi kalo tengok cari BIOGRAFI MAHATHIR astro chanel 555 . Apa BAKAL Timbalan Perdana Malaysia Cina yang pertama berkata - "The good about Dr Mahathir, he bring us INTERNET with no limit access to us " Jadi jangan tengok internet jugak sebab Dr Mahathir . tu la AGAK 2 la nak sokong pon

Tanpa Nama berkata...

rasuah , salah guna kuasa, curi duit rakyat billion billion itu tak pulak melakukan kerosakkan..org yang menentang rasuah pulak yang melakukan kerosakkan .fatwa umno la tu..

Tanpa Nama berkata...

woii umno tolonglah bekerja untuk rakyat buat sesuatu untuk senangkan rakyat, merancang malaysia yang lebih baik di masa akan datang...bukan dengan jaja cerita2 mcm ni..pemimpin pembangkang tu dah tentulah jahat, korang yang baik tu bekerjala untuk rakyat kesenangan rakyat bukan bekerja untuk perut sendiri..tolonglahh umno oiii

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....