Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 19 Mac 2012

PRU 13 : Senarai calon Pas dan PKR hampir selesai

SHAH ALAM - PKR dan Pas hampir selesai menamakan semua calon bagi kerusi Parlimen sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang dijangka diadakan bila-bila masa.

PRU13 boleh diadakan sebelum 28 April 2013, iaitu selepas lima tahun satu-satu penggal pilihan raya tamat.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, beliau sudah berbincang dengan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai senarai pendek calon dipilih PKR.

“Boleh dikatakan hampir selesai, lepas ini kita akan berbincang mengenainya bersama biro politik dalam masa terdekat.

“PKR mengenal pasti calon berpotensi untuk membawa suara rakyat dalam menghadapi PRU, kerana pilihan raya lalu kita akui tersilap memilih calon yang mengkhianati suara rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pada pilihan raya lalu, PKR meletakkan 94 calon dari parti itu dan memenanginya sebanyak 31 kerusi. Manakala Pas memenangi 23 kerusi dan DAP menang 28 kerusi.

Keputusan itu sekali gus menafikan dua per tiga majoriti kepada Barisan Nasional daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Azmin berkata, mereka menetapkan pelbagai kriteria sejak setahun lalu dalam menentukan calon, antaranya mereka hendaklah benar-benar amanah, bersih, menghayati idealisme parti dan apa yang lebih penting boleh berkhidmat untuk rakyat.

Sementara itu, Pas juga selesai menamakan tiga calon sesuai bagi setiap Parlimen untuk dibincangkan sebelum dibawa ke Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kali ini mereka menamakan dan memilih lebih 70 kerusi Parlimen berbanding pilihan raya lalu, iaitu 63 kerusi sahaja.

“Semuanya hampir selesai, kebanyakannya tidak berumah cuma beberapa muka baru dari kalangan Pemuda dan Muslimat bertambah masing-masing 40 peratus dan 20 peratus.SH

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....