Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 18 Mac 2012

Kuasa beli rakyat Kelantan antara tertinggi di Asia


Pengerusi Richhworks Group of Companies Dr Azizan Osman (gambar) berkata kuasa beli rakyat Kelantan  adalah antara yang tertinggi di Asia.

Ini berdasarkan kepada rekod dan ‘top sale’ pada supermarket yang ada di negeri ini. Justeru beliau mengagumi kuasa beli rakyat negeri ini.

“Setahu saya, kuasa beli di sini sangat hebat. Dan Kelantan adalah antara yang tertinggi di Asia, berdasarkan rekod dan ‘top sale’.

“Banyak rekod hypermarket di sini menunjukkan kuasa beli rakyat tertinggi di Asia," kata beliau
ketika bercakap kepada pemberita pada Klinik Usahawan Dr Azizan Osman - Seminar Marketing Power  (SMP) 2012 di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini tengahari tadi.

Seminar bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tenghari itu bertujuan mempertingkat,  mengubah diri usahawan dan perniagaan mereka melalui perkongsian pakar dalam pemasaran.

Peserta seminar (usahawan) diajar tentang strategi pemasaran berkesan dalam meningkatkan pendapatan sehingga 400 peratus selain potensi kekayaan dan kejayaan tanpa mengira jenis perniagaan.

Turut hadir peguam, doktor perubatan, doktor rawatan alternatif, jurutera, perunding hartanah, perunding kewangan dan insurans selain pendidik dan penjawat awam.

Sejak dilancarkan 11 Februari lalau di Kuala Lumpur, hingga kini lebih 18,000 peserta menghadiri Klinik Usahawan tersebut,Azizan berkata potensi usawahan Kelantan adalah sangat luar biasa.

“Sebab itu saya berada di sini , dan saya juga kenal banyak pengilang di sini, yang boleh ‘dibawa keluar’," katanya.

Beliau berkata masyarakat muslim di negeri ini berpotensi untuk meningkat lebih jauh dalam perniagaan, bahkan  mereka mempunyai produk yang baik untuk dibawa keluar daripada Kelantan.

Justeru selepas mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, syarikatnya memilih Kelantan untuk ‘berkolabrasi’ (collaboration) bersama usahawan muslim di sini dengan memberi input lebih banyak.

“Terutama di Kelantan, ramai usahawan Melayu muslim.

“Jadi kita nak cari jalan supaya kita boleh bagi input dan support lebih banyak supaya mereka boleh ‘bawa keluar’ produk atau perkhidmatan mereka.  Itulah misi dan ‘usahasama’ kita," katanya.

Dr Azizan berkata barangan dan produk Islam adalah baik tetapi mestilah (usahawan) mengetahui teknik pemasarannya.

“Orang kita banyak produk yang bagus, tetapi tidak diuar-uarkan, tidak dipromosikan dengan baik," ujarnya.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....