Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 18 Mac 2012

Isu Air: Selangor Minta Nasihat Pakar Antarabangsa

LONDON, 18 MAC: Kerajaan Selangor mendapatkan nasihat dari firma perundangan antarabangsa di London berhubung kebuntuan yang sedang dihadapi dalam usaha  mendapatkan semula hak menguruskan industri air di negeri ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadakan pertemuan dengan sekumpulan peguan kanan untuk membincangkan peruntukan undang-undang yang boleh digunakan untuk menyelesaikan kebuntuan rundingan yang akan memberi  manfaat kepada jutaan rakyat Selangor.

Kami amat serius untuk melaksanakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 yang digubal kerajaan Pusat Barisan Nasional. Akta ini membenarkan perjanjian konsesi ditamatkan sekali gus membolehkan kerajaan negeri mengambilalih pengurusan air.

Kami kesal dengan keengganan Kerajaan Pusat bekerjasama untuk melaksanakan akta yang mereka sendiri gubal. Sikap yang ditunjukkan Kerajaan Pusat ini berbaur kronisme dan lebih mengutamakan kepentingan politik berbanding  kebajikan rakyat.

Sebagai firma perundangan yang dihormati, kita berharap mereka dapat menggunakan pengalaman undang-undang untuk menguruskan situasi seperti ini,  kata Menteri Besar.

Tan Sri Khalid Ibrahim juga berbincang mengenai cabaran menghadapi industri perkhidmatan air di Selangor bersama sekumpulan sarjana di Pusat Pengajian Islam Oxford.  Pada majlis makan tengahari yang dihoskan fellow Dato’ Dr Muhammad Afifi al-Akiti, Menteri Besar telah menerangkan kegagalan penswastaan air di Selangor.

Kurangnya ketelusan dan kebertanggungjawaban menjadi penyebab kepada kegagalan ini. Kontrak konsesi sepatutnya diberikan secara tender terbuka- satu istilah mudah tetapi sukar dilaksanakan jika tiada yang serius membanteras gejala rasuah.

Di Selangor, syarikat konsesi dipilih bukan kerana kepakaran dalam industri air mahupun kerana kewangan kukuh. Tidak hairanlah jika mereka gagal teruk.

Kerajaan Pusat cuba memperbetulkan keadaan ini menerusi WSIA tetapi selepas berlaku perubahan kerajaan negeri pada 2008, Kerajaan Pusat sengaja menangguhkan dan mensabotaj pelaksanaan akta ini. Ini bukti nyata kebajikan jutaan rakyat menjadi korban demi kepentingan politik,î katanya.

Menteri Besar juga bercakap mengenai isu ini  ketika berjumpa dengan pelajar Malaysia di London anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia di United Kingdom dan Ireland (UKEC). Dialog Dari kaca mata Kerajaan Negeri Selangorí telah diadakan di London School of Economics, Jumaat lalu.

Rakyat Selangor terpaksa menanggung beban kewangan ekoran kegagalan penswastaan air. Selain memaksimumkan sumber kerajaan negeri yang menjadi hak rakyat, syarikat konsesi juga berkompromi dengan kualiti dan penyaluran air  di samping kerap mendesak kenaikan tarif air walaupun perkhidmatan yang diberikan teruk, ì kata Menteri Besar.

Pada 2007, tarif air dinaikkan dan syarikat konsesi mahu menaikkan lagi sapabila kerajaan negeri baharu mengambilalih Negeri Selangor. Kerajaan Negeri tidak akan membenarkan eksploitasi secara terbuka terhadap rakyat yang merupakan satu lagi kes di mana syarikat swasta mendapat keuntungan tetapi rakyat menanggung kerugian.

Soalan asas yang perlu dijawab, adakah ini penswastaan (privatisation) atau lanun (piratisation)?Tan Sri Khalid Ibrahim juga membuat kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Setiausaha Komanwel di London.

 Beliau berbincang dengan Pengarah Sekretariat pejabat berkenaan mengenai pembangunan politik dan cabaran menghadapi sistem pilihan raya Malaysia.Malaysia merupakan negara anggota yang menggunapakai perundangan Komanwel.TVS

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....