Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 27 Februari 2012

Video : Nurul Izzah Ceritakan Pengalaman Diserang Ketika Berceramah Di Gambang Kuantan



Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, jika tidak ada campur tangan penyokong di ceramah di Gambang, Pahang semalam, beliau pasti sudah mendapat mata lebam seperti bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Katanya, serangan terhadapnya oleh lelaki dalam ceramah Pakatan Rakyat di Felda Lepar Hilir I pada malam itu hampir-hampir mengenainya

“Ia hanya beberapa inci (hampir mengenai), kamu pasti tidak mahu ukur, ia sangat tidak menyenangkan,” kata Nurul Izzah, dipetik Malaysia Kini.

Menurutnya lagi, penyerang yang memakai baju merah perlahan-lahan memasuki tempat ceramah di sebuah kedai kopi sebelum melancarkan serangan.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Petaling Jaya hari ini, Nurul Izzah berkata sekiranya tiada penyokong yang menahannya, beliau pasti menerima nasib seperti Anwar yang dipukul menjelang perbicaraan kes liwat pertamanya lebih 10 tahun lalu.

Nurul Izzah mendedahkan, polis tempatan berjaya mengenali identiti penyerang itu sebagai Asrullah Affendi Abdullah. Bagaimanapun, maklumat lain masih belum diketahui setakat ini.

Nurul Izzah turut menunjukkan kepada pemberita beberapa keping gambar ketika kejadian bagi menyokong dakwaannya.

Dalam perkembangan berkaitan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin didesak memberi penjelasan berhubung provokasi melampau yang dilakukan samseng Umno di Felda Lepar Hilir, Gambang, Kuantan malam semalam.

“Kita minta Khairy beri penjelasan sebab budak-budak ini memang penyokong Umno kerana mereka membawa bendera Umno dan BN.

“Mereka hafal lagu Umno dan menyanyikannya dalam provokasi malam itu,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan di balai polis Merchant Square, Petaling Jaya hari ini.Keadilandaily

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

melayu umno hilang budi bahasa.kurang ajar mesti dibalas dengan kurang ajar.

Ni berkata...

Ni mesti arahan orang atasan yg berpenganuh, kalau tak budak2 siamang ni takkan berani buat, memang patut lingkup puak2 nih.

AlloysusThivy berkata...

Walau apapun insiden sebegini tetap akan berulang di masa akan datang,harap Nurul izzah lebih berhati hati. lebih lebih lagi kemuncak PRU13 semakin hampir, Kita sama sama amalkan budaya anti keganasan seperti Datuk Anwar...cool dan relax je..biar mereka maki kita,biar mereka buli kita, biar mereka pukul kita tetapi jangan kita sesekali terikut emosi dan perasaan balas pukulanya. biar kita berjuang secara aman sehingga PUTRAJAYA. Ini adalah taktik kotor kerajaan BN-UMNO yg suka mencetuskan rusuhan secara sengaja dan terancang dimana apabila ianya tukar menjadi insiden serupa Mei 13 1969,bolehlah dgn senang Najib dan Kroni membekukan Parlimen dan Istiharkan darurat supaya dia tetap akan berkuasa tanpa perlu adakan Pilihanraya. jadi untuk semua warga PAKATAN RAKYAT, berhati hati lah mengawal emosi.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....