Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 19 Januari 2012

Adam Adli mahu ambil tindakan mahkamah terhadap UPSI

KUALA LUMPUR, 19 Jan — Aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim yang digantung pengajian selama 18 bulan atau tiga semester akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk mencabar keputusan itu.

Ketika ditemui The Malaysian Insider, Adam Adli, 22, berkata tindakan itu diambil kerana pengurusan UPSI tidak memberi perbicaraan yang adil semasa dipanggil membela diri pada 9 Jan lalu.

Bagaimanapun Adam Adli (gambar) tidak menjelaskan tarikh khusus tindakan mahkamah terhadap universiti akan diambil, menambah perkara itu masih di peringkat perbincangan dengan peguam.

"Saya akan bawa perkara ini ke mahkamah, sekarang masih di peringkat perbincangan dengan peguam...kita sedang meneliti kes ini terlebih dahulu sebelum dibawa ke mahkamah."Tapi kita akan failkan dalam masa yang terdekat," katanya.Adam Adli digantung pengajian atas tuduhan mencemarkan reputasi UPSI.

Penuntut sarjana muda pendidikan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.

Adam Adli mencetuskan kontroversi apabila bertindak menurunkan kain rentang bergambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan menggantikannya dengan bendera kebebasan mahasiswa.

Anak kelahiran Kepala Batas, Pulau Pinang ini menambah akan menghabiskan tempoh penggantungan dengan berkempen menuntut kebebasan akademik di seluruh negara.

"Saya akan teruskan dengan siri jelajah, berkempen sehingga Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dimansuhkan," katanya.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....