Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 11 Mac 2011

Fitnah II: Jude Pereira sahkan penglibatan Najib



KUALA LUMPUR: Mahkamah hari ini digemparkan dengan pengakuan pegawai penyiasat Fitnah II, Superintendan Jude Pereira bahawa Saiful Bukhari ada menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dua hari sebelum kejadian liwat didakwa berlaku.
Pengakuan ini mengesahkan penglibatan Najib dalam kes Fitnah II yang baru sahaja menyaksikan pihak pendakwa selesai mengemukakan kesemua saksi mereka untuk disoal balas.
“Dia (Saiful) menemui Najib sebelum 26 Jun iaitu pada 24 Jun 2008 untuk mengadu beberapa perkara,” kata Jude tanpa menghuraikan lebih lanjut perkara yang diadu Saiful.
Saiful Bukhari Azlan mendakwa beliau diliwat pada 26 Jun 2008 di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara Kuala Lumpur.
Selain itu, Jude turut mengesahkan penglibatan beberapa musuh politik Anwar yang lain dalam kes Fitnah II ini.
Beliau mengaku menemui isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansur serta bekas Ketua AMK yang kini merupakan Senator Dewan Negara, Ezam Mohd Nor.
Pengakuan itu dibuat Jude sewaktu beliau disoalbalas peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh dalam perbicaraan Fitnah II hari ini.
“Siapakah lagi yang anda temui sewaktu menjalankan siasatan selepas 26 Jun 2008?” tanya Karpal.
“Saya ada bertemu beberapa orang,” jawab Jude teragak-agak.
“Siapa?” tanya Karpal lagi.
“Rahimi Osman, Ezam Mohd Nor, Tuah (bapa saudara Saiful) dan…”
“Datuk Mumtaz?” potong Karpal.
“Ya,” jawab Jude.
“Ada jumpa Najib?” tanya Karpal lagi.
“Ya,” jawab Jude.
“Ada rakam kenyataan Rosmah?” tanya Karpal.
“Ada ..tetapi saya perlu periksa,” jawab Jude.
“Tadi awak cakap ‘ya’..” tekan Karpal.
“Sebentar..ya, saya ada ambil keterangan Rosmah,” jawab Jude.

Superintendan Jude Pereira, selaku pegawai penyiasat kes ini adalah saksi pendakwa terakhir dalam kes Fitnah II.
Beliau merupakan salah seorang daripada 24 saksi yang dipanggil memberi keterangan oleh pihak pendakwa bagi membantu kes mereka.
Tidak ubah seperti tahun 1998, kes Fitnah II ini adalah satu lagi cubaan mensabitkan Anwar dengan dakwaan liwat.
Anwar dituduh liwat sebaik sahaja beliau berjaya memimpin Pakatan Rakyat memenangi lima kerusi pada pilihan raya umum 2008.Keadilandaily

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mesti orang umno tak percaya cakap saksi ni...

kayru1 berkata...

kita mmampu merancang tapi kita lupa bahawa Allah tu sebaik baik perancang

Tanpa Nama berkata...

Inilah kerja gila di akhir zaman.Kalau dah GILA KUASA macam-macam mereka akan buat.Saya takut Jude Pereira ni tak tidur malam kerana khuatir mimpikan C4.

Tanpa Nama berkata...

Kes Sodomy 11 ini sudah sampai kekemuncaknya tatkala nama Rosmah Mansor disebut dimahkamah.Ada dua kemunkinan - satu,Jude Pereira munkin kena C4,dan dua,kes selesai sebab Najib tak akan biarkan suaminya diheret kemahkamah akan dibelasah oleh Karpal Singh.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....