Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 29 November 2011

Lagi Kenyataan Rasis Dan Bangang Pemimpin Umno


KUALA LUMPUR, 29 Nov — Orang Melayu akan hilang segala hak dan kuasa mereka sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang, dakwa Ketua Penerangan Umno hari ini.

Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata, senario paling buruk berkenaan masa depan orang Melayu negara ini ialah apabila wujud “Parlimen tergantung” seperti di Australia, di mana Barisan Nasional tidak mampu melaksanakan agenda polisi-polisi ekoran hanya majoriti mudah.

“Jika wujud Parlimen tergantung macam di Australia, katakan 112 kerusi bagi kerajaan berbanding 110 bagi pembangkang, keadaan paling buruk akan berlaku.

“Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), kata selamat tinggal kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja... mereka tidak pernah terima gelaran diraja meskipun mereka ditawarkan,” kata beliau pada satu forum parti sempena perhimpunan agung tahunan 2011.

Bercakap pada forum “Agenda Melayu pasca pilihan raya”, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini mendakwa DAP tidak menghormati institusi diraja dan juga bahasa kebangsaan.“Kata selamat tinggal kepada Islam sebab mereka (DAP) adalah ejen Kristian... dalam bercakap mengenai agenda Melayu, kita tidak boleh lari daripada ini,” kata Ahmad.“Saya risau mengapa PAS boleh berkawan dengan DAP (tapi) menentang kerjasama dengan Umno. Bukankah lebih baik jika PAS menyertai BN, dengan itu kita akan ada 160 kerusi persekutuan,” katanya lagi.

PAS dengan gandingan DAP dan PKR memperoleh 82 kerusi Parlimen tiga tahun lalu.Umno berulang kali sejak 2008 menggesa PAS meninggalkan PR dan membentuk kerjasama politik dengan Umno. PAS menegaskan ia akan kekal bersama PR.Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata bahawa Umno sentiasa menghulurkan tangan kepada PAS tetapi parti Islam itu sentiasa menolak pelawaan.

Dengan menekankan bahawa ancaman Melayu akan hilang kuasa memang benar akan berlaku, Ahamd mendakwa komuniti Cina secara perlahan-lahan menguasai arena politik dan ekonomi.Ini kerana kaum Cina sedang mendahului proses pendaftaran pemilih.“Orang muda Cina lebih 21 tahun sudah pun mendaftar sebagai pengundi. Bagaimana dengan orang Melayu? Sesetengah mereka berusia 31 tahun dan belum mendaftar lagi.

“Kita tidak lagi pegang kuasa. Lihat di Selangor, siapa Exco Kerajaan Negeri? Ronnie Liu, Xavier, Elizabeth, Teresa Kok, ini adalah agenda DAP, Kristianisasi,” katanya lagi.Ahmad berkata orang Melayu memerlukan pelan 10 langkah jika mereka perlu kekal dominan.Umno memulakan perhimpunan agung tahunan hari ini, yang dilihat sebagai terakhir sebelum menghadapi pilihan raya umum ke-13.Barisan Nasional (BN), yang parti terasnya Umno, kehilangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum 2008.TMI

ULASAN TINTA HIJAU DKB

Inikah hujah yang paling bernas boleh dilontarkan oleh seorang yang memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan sebuah parti politik terbesar di Malaysia?

Maaf jika saya katakan inilah hujah yang paling dungu dan dangkal laksana seorang ketua lanun ingin menakut-nakutkan anak buahnya. Hujah ini gagal menerangkan dengan jelas tohmahan program kristianisasi seperti yang dimomokan. Hujah ini berlandaskan kepada andaian cetek tanpa disokong fakta yang sahih dan jitu.  Justeru itu Ahmad Maslan sememangnya gagal memikul tugas sebagai ketua penerangan kerana apa yang diterangkan adalah sangat kabur sifatnya.

Dia nak gunakan kata-kata ni takutkan orang-orang kampung,mengajak org berfikiran yg tidak rasional.Jawatan diberi pada yg layak. Tak kira apa latarbelakang sekalipun. Kenapa? tak boleh ka org lain pegang jawatan kalau mmg layak??? dan di senangi rakyat adil dan seksama...??? Parti lain tak pandai nak memenerintah,dia je yang pandai,pandai segalanya,pandai bolot harta negara,pandai tipu org melayu,pandai tipu duit rakyat.Pendekata semuanya laa.
 
Kerana UMNO, 250 juta lesap utk projek lembu yg tiada hasil, berbillion ringgit juga lesap ntah kemana, kaum melayu gagal berkembang di sektor perniagaan, kampung2 melayu masih ada yg tanpa bekalan air dan elektrik.....MAS juga rugi berbillion ringgit....tak cukup ke dgn Laporan Ketua Audit Negara yg tiap tahun menampak kan ketirisan kewangan akibat dari amalan rasuah UMNO.Semua rakyat dah tahu kepincangan dalam UMNO,barah yg tak akan pulih melain kan rakyat menunjuk kan jalan keluar semasa PRU13.

Nak kuatkan suara melayu ?? Umno sebagai parti yg memerintah sekarang kenalah tambahkan lagi kerusi parlimen yang majoritinya orang melayu, kenapa selama ini penambahan banyak berlaku kawasan bukan melayu.Contohnya di Selangor,Perak dan Johor.Negeri bermajoriti melayu seperti Kelantan,Terengganu dan Kedah dah berapa penggal tak ada penambahan kerusi Parlimen.Toksah nak hipokrit la...

Melayu yang kolot tak berpelajaran saja yang akan percaya semua kata karut ini.Sudah sekian lama UMNO telah berbohong atas nama kaum dan perjuangan melayu,tetapi golongan UMNO atasan dan kroni saja yang habis kaut kekayaan negara.

Yang rakyat Malaysia biasa, tak kira kaum masih menjalani kehidupan yang sederhana dan berapa ramai yang masih merempat dan hanya mengharapkan bantuan kerajaan semata mata.

5 ulasan:

benci dap berkata...

YANG BODOH DAN DUNGU ADALAH KORANG NI YANG MENJADI BALACI DAPPIG CELAKA. KORANG TAK NAMPAK ATAU BUTA PERUT MELIHAT SATU PERSATU HAK MELAYU DITIBAI OLEH DAP. SATU PERSATU PERNIAGAAN MELAYU DIBURUKKAN OLEH DAPPIG. AKU TAK BERGADUH DENGAN PAS TAPI AKU BENCI TERAMAT SANGAT PADA DAPPIG CELAKA. KALAU KAMU ISLAM DAN JUJUR KERANA ALLAH KAMU AKAN BERCAKAP DALAM KONTEKS PERPADUAN UMMAH DAN BUKAN KEPARTIAN.

Tanpa Nama berkata...

pendek akal apa?

MalaysianDotCom berkata...

tumpang lalu jap.blog den ado masalah

pakjol64 berkata...

alamak benci dap...... bengong betui la hang niii...
hak melayu hilang satu persatu, tak kan salah dap kot. depa perintah apa jaaa.....
yang dok pelingkup melayu tu umporno.... tanah rezeb melayu dah makin kurang, tak kan dap dok kalut kot. umporno dan mca laa tuuuu

Tanpa Nama berkata...

sokong loqlarq,betul betul betul.betul betul

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....