Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 9 Oktober 2011

Provokasi Semasa Berceramah Di Labis,Ulasan Mat Sabu

LABIS- Tuan Haji Mohammed Sabu, Timbalan Presiden PAS menyifatkan tindakan pihak yang cuba melakukan provokasi pada majlis ceramahnya di Labis seolah-olah masih berada di alam primitif.

''Kita kena keluar dari alam primitif. Berlawanlah dengan hujah.'' tegasnya.

Mohammad atau dikenali sebagai Mat Sabu menegaskan perkara ini dengan katanya adalah suatu yang tidak bertepatan dengan amalan demokrasi dalam negara ini dengan cara mengganggu majlis orang lain.

''Kita memilih jalan pilihan raya. Ini cara amalan demokrasi bukan mengancam majlis orang. Ini tindakan yang tak betul.'' ujarnya.

Semalam Mtd Pas Benut melaporkan wujudnya cubaan menggagalkan majlis ceramah sehingga mengakibatkan seorang petugas Jabatan Amal cedera dibaling batu sewaktu bertugas mengawal lalu lintas di Labis.

Beliau menambah lagi dengan katanya amalan demokrasi yang sihat adalah memberi ruang kepada rakyat melakukan perbandingan dengan penyampaian dasar parti masing-masing, bukan membuat 'kacau'.

Sebaliknya menurut beliau lagi dengan menimbulkan ketegangan itu, ia tidak mendatangkan kebaikan bahkan lebih memburukkan lagi keadaan.

''Kalaulah UMNO buat penerangan, kami tak menghalang untuk pergi dengar. Dia (UMNO) buat sebelah sana. Kita (PAS) buat sini. Buat perbandingan. Inilah amalan demokrasi yang sihat. Kalaulah UMNO buat ceramah, Unit Amal ganggu, sayapun tak setuju'' terangnya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapannya pada majlis pelancaran Gerakan Kebangkitan Peneroka Kebangsaan (BANGKIT) dan Kempen Mansuhkan Hutang Peneroka di Dataran Cikgu Mala, Pekan Labis, dekat sini, jumaat lepas.

Beliau berkata lagi bahawa negara-negara maju dilihat jauh lebih matang dalam pengamalan demokrasinya dan mengharapkan agar negara ini mengikut cara yang diamalkan oleh kebanyakan negara dalam dunia.

''Kalau kacau orang dengan cara yang tak elok ini bukan amalan demokrasi bagi negara maju seperti Eropah, Jepun. Semua orang dah keluar dari alam primitif. Berlawanlah dengan hujah.

''Sudahlah guna tv-radio. Tak cukup, guna akhbar. Kita tak kisah. Kita harap, kita dah lama merdeka, kita sudah semakin matang bukan makin teruk'' ujarnya lagi.

Pada majlis yang sama kaunter pendaftaran ahli baru dibuka kepada orang ramai dengan melibatkan beberapa NGO seperti BANGKIT, KERABAT, ANAK dan Jabatan Amal.

Hadir sama, Dato' Dr. Mahfodz Mohammed, Pesuruh jaya PAS Johor, Saudara Mazlan Aliman, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hj. Adly Zahari, Pesuruh Jaya PAS Melaka.

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....