Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 29 Oktober 2011

Gambar : Sekitar Ijtima' Tarbawi Pemuda Pas 2011

Ribuan hadirin
Hadirin khusyuk mendengar
Jasamu dikenang,pelokon ' Gua ikut enta '
Barisan kepimpinan Dewan Pemuda Pas Pusat
eserta menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengisian yang disampaikan
Peserta singgah ke gerai-gerai yang dibuka
 Khusyuk....
Ruang legar dewan
YB Salahuddin Ayub berucap merasmikan Ijtima'
Peserta muslimat
Peserta yang bersemangat
 Treengggg....
Akhirnya sampai juga ke Ijtima' Tarbawi ' Gua ikut enta '
Tetamu dari HAMAS sebaris dengan YB Naib Presiden & Ketua Pemuda PasPusat
Antara barisan pelakon Gua ikut Enta di pentas utama
 Ucapan Ketua Pemuda Pas Pusat
Ucapan Syeikh Ahmad Najjar


 Perasmian Oleh Naib Presiden Pas YB Salahuddin Ayub :

Pemuda PAS perlu mencari satu mekanisme terbaik bagi mendampingi golongan muda hari ini yang disebut 'generasi siber', jika mahu menang pilihan raya akan datang, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Menurutnya, suatu kerugian jika peluang tersebut tidak digunakan dalam keadaan pakatan rakyat tidak mempunyai kekuatan media seperti media arus perdana yang pro BN.

"Pemuda perlu mencari mekanisma terbaik, bagaimana untuk sampai kepada mereka.

"Kita perlu belajar bagaimana Barack Obama, orang kulit hitam boleh menjadi orang pertama white House," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Ijtimak Tarbawi Dewan Pemuda PAS 2011 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad, Taman Melewar malam tadi.

Salahudin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian mengulas kajian terbaru yang mendedahkan golongan remaja di negara ini menghabiskan masa purata 4 jam sehari mengadap internet.

Ianya termasuk menggunakan laman sosial Facebook, twitter dan blog untuk berkomunikasi dan mendapatkan maklumat.

"Kajian AC Nielsen sangat signifacant yang mengatakan rakyat negara ini sudah tak tonton lagi televisyen, tak baca lagi akhbar tetapi membaca internet.

"Inilah masanya kita perlu sampaikan mesej Islam kepada mereka. Inilah tugas anak muda," katanya dihadapan kira-kira 3,000 peserta yang hadir malam tadi.

Beliau turut memuji kreativiti dewan pemuda kali ini yang menerbitkan filem pendek "Gua Ikut Enta", yang dimuat naik ke Youtube bagi membangkitkan kesedaran anak muda hadir ke ijtimak kali ini.

Turut berucap malam tadi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan, Pengarah Ijtimak Nik Abduh Nik Aziz dan wakil Hamas Palestin, Syeikh Ahmad Najjar.

Ijtimak Tarbawi 2011 yang akan berakhir esok adalah bertemakan "Mantapkan Tarbiah, Menangi Pilihan Raya'.

Program kemuncaknya adalah ceramah pentas pemuda dan pidato perdana oleh pimpinan utama PAS malam ini.

Antara yang akan berpidato malam ini adalah Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu, wakil Ikhwanul Muslimin Mesir Dr. Kamal Al Helbawi, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Dewan Muslimat PAS Ustazah Siti Zailah Mohamad Yusof.Hrkh

5 ulasan:

Penyokong Pas berkata...

Alhamdulillah..tahniah Pemuda Pas

Tanpa Nama berkata...

Ramainya,rugi lak rasanya tak pergi...

Tanpa Nama berkata...

APA PEMUDA pas buat?tinggalkan hamPAS KAT SINI KE? Now Showing Sheih Kickdefella..Oct 29
13 Comments Aktiviti Pelacuran Di Kelantan Terus Rancak


Pusat Pelacuran popular di Kelantan, tidak sampai setengah kilometer dari Pejabat Tuan Guru Nik Aziz

Cuti cuti diKoteBaru?bior betol Pok N.ajis

Tanpa Nama berkata...

Pemuda Pas ni kuat politiking dalaman. Hari tu lobi nak jadi calon. Sekarang ni tak jemput pemimpin yang kritis terhadap mereka. Bila nak matang agaknya pemuda ni.

joe penang berkata...

Ramai yg hanya pandai komplen tapi xde nak bagi penyelesaian.
Tahniah kepada dpppm kerana berjaya mengajurkan ijtima' terbawi kali ke 2. Keep it up bro!

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....