Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 9 September 2011

Laporan Utusan mengarut - Tok Guru Nik Aziz

KOTA BHARU, 9 Sept: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan laporan berita khasnya dalam Utusan Malaysia sejak kebelakangan ini sebagai mengarut.
(Nik Aziz bergambar dengan ahli baru PAS yang merupakan ketua cawangan Umno, Mohd Nordin Awang)
"Bagi saya, kalau baca berita dalam Utusan Malaysia, bahkan sebarang beritanya, saya menganggapnya mengarut termasuk mengenai isu terbaru membabitkan Mat Sabu, hari-hari menyerang Mat Sabu," dakwa Mursyidul Am PAS.

Beliau berkata demikian ketika meraikan ketua cawangan Umno Bentara Kiri, Mohd Nordin Awang yang menyertai PAS bersama para penyokongnya.

Turut berucap di majlis itu adalah bekas ketua Pemuda Umno Kota Bharu, Haji Sabrie Shafei yang telah menyertai PAS sebelum ini.

Nik Aziz dipercayai mengulas laporan berita dalam akhbar Umno itu yang sudah hampir dua minggu menyerang Mohamad Sabu ekoran ucapan timbalan presiden PAS itu di Pulau Pinang sebelum ini.

Dalam ucapan itu, Mohamad Sabu berkata, orang ramai tidak lagi meraikan hari merdeka dengan meriah kerana merasakan ia bukan sambutan merdeka yang sebenarnya tetapi majlis meraikan sejarah Umno sahaja.

Padahal, katanya, bukan pemimpin Umno sahaja yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara tetapi ramai lagi termasuk Mat Indera yang turut menyerang rumah pasong Bukit Kepong pada tahun 1950 ketika Tanah Melayu di bawah penjajahan British.

Bagi Nik Aziz, selain menutup sejarah sebenar merdeka, kerajaan pimpinan BN juga menutup banyak ilmu lagi yang sepatutnya diajar di sekolah-sekolah di negara ini.

"Kenapa di dalam pengajian sekolah di negara ini tidak ditekankan secara serius pengajian tentang syurga dan neraka, dosa dan pahala.

"Sedangkan benda itu ada. Ini kerana 'orang putih' tidak mahu disebut menyebabkan orang putih bebas melakukan apa saja termasuk kenyataan tidak ada syurga dan neraka, bahkan sehingga orang Melayu pun sebahagian besarnya mendakwa begitu jua.

"Ini salah oleh kerana benda itu ada, tetapi tidak disebut.

"Inilah menyebabkan PAS sejak 1955 sehingga kini walau macam mana serangan diterima dari Umno-BN termasuk serangan ke atas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang disiarkan media arus perdana, kita dapat bertahan," kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.


Pengaruh media baru

Sementara itu Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Wan Rahim Abdullah ketika berucap pada masjlis yang sama mempertikaikan pemikiran rakyat di negara ini dalam masa 54 tahun hingga kini, masih tidak banyak berubah.

Namun bagaimana pun, Wan Rahim yakin dengan pembabitan ramai generasi baru dalam laman soisal dan internet yang terdedah dengan banyak maklumat, mereka akan merubah suasana yang ada.

“Mereka terdedah dengan banyak maklumat termasuk apa yang berlaku di Libya, di Tunisia, di Mesir dan kini di Syria, yang bagi generasi baru, insya Allah, akan membawa perubahan kepada suasana politik yang sedia ada.

“Insya Allah, suasana ini akan sampai, bahkan dilihat kepada keadaan yang ada pada hari ini," kata beliau.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....