Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 10 September 2011

Kerusi Dun Johor : PAS 25, DAP 15, PKR?

PETALING JAYA: Dua komponen Pakatan Rakyat – PAS dan DAP – masing-masing mengatakan akan bertanding 25 dan 15 kerusi DUN Johor dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, Ketua PKR negeri Datuk Chua Jui Meng( gambar ) masih membisu mengenai perkara tersebut.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mahfodz Mohamed menegaskan parti itu sedia melepaskan enam atau tujuh kerusi kepada DAP dan PKR.

Ini adalah ekoran dari kemahuan PKR dan DAP yang mahu bertanding di lebih banyak kerusi di negeri kubu kuat Umno.
PAS bertanding 34 kerusi DUN dalam pilihan raya edisi 2008.

Beliau turut menambah bahawa calon bukan Melayu akan turut bertanding untuk PAS kali ini.

Calon bukan Melayu

“Calon bukan Melayu akan bertanding di Tiram atau Puteri Wangsa,” katanya.

R Kumutha bertanding atas tiket PAS di Tiram tetapi kalah dalam pilihan raya lepas.

Sementara itu, ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau memberitahu FMT bahawa DAP akan bertanding di 15 kerusi DUN.

“Berdasarkan situasi semasa kita mungkin juga akan bertanding di dua kerusi DUN lain,” jelas beliau ketika ditanya mengenai perancangan DAP di dalam PRU edisi ke-13.

Beliau turut menjelaskan isu berkenaan pengagihan kerusi parlimen.

“PKR telah bertanding 11, PAS sembilan dan DAP enam. Kita (DAP) mahu tambah satu atau dua kerusi lagi,” jelas Dr Boo yang juga Adun Skudai.

Deja vu

PKR Johor enggan memberitahu jumlah kerusi yang akan ditandingi parti itu tetapi pengerusinya berkata, beliau berasa deja vu untuk bertanding dalam pilihan raya.

“Saya telah bertanding dan menang sebanyak lima kali di kerusi parlimen Bakri,” kata Dr Chua berkenaan pengalaman lampaunya ketika bersama MCA.

“Namun jika kepimpinan parti (PKR) mahukan saya, maka saya akan bertanding,” kata beliau.

Bekas menteri kesihatan tersebut turut mendakwa bahawa kekalahan MCA di kerusi Bakri pada tahun 2008 adalah kerana pemilihan calon yang tidak sesuai.

“Ramai pihak di Bakri memberitahu saya bahawa mereka undi DAP kerana saya digugurkan dari senarai calon,” tambah Chua lagi.

MCA mencalonkan Tay Puay Chuan tetapi beliau tewas kepada Er Teck Hwa dari DAP.FMT

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....