Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 8 September 2011

Kajian Menunjukkan Mat Indera Bukan Komunis

KUALA LUMPUR, 8 Sept: Satu kajian yang dilakukan oleh Ayub @ Uiop Kassim pada tahun 1973 menyimpulkan Mat Indera bukan berfahaman komunis.
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Ahmad Zuhdi Marzuki berkata, kajian tersebut adalah Latihan Ilmiah untuk memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, bertajuk “Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem”.
Tambahnya, tujuan kajian tersebut adalah untuk mengkaji keterlibatan golongan elit agama di Muar dalam perjuangan gerila bersenjata untuk menentang penjajah dengan tumpuan khusus terhadap Mat Indera dan peristiwa berdarah Bukit Kepong, Muar.
Menurutnya, meskipun kajian tersebut adalah dilakukan di peringkat ijazah pertama, pengkaji telah berjaya melakukan wawancara dengan mereka yang terlibat secara langsung dengan peristiwa tersebut termasuklah Haji Nawi Idrus, Ketua Pengawal Kampung (Home Guard) dan rakan-rakan Mat Indera yang menyertainya masuk ke hutan.
“Kaedah wawancara ini adalah yang paling sesuai bagi mendapat maklumat sebenar disebabkan kebanyakan maklumat rasmi berkaitan dengan peristiwa Bukit Kepong ini disediakan oleh penjajah British melalui perisikan mereka.
“Setakat kajian PPP, mungkin inilah satu-satunya kajian ilmiah yang paling awal tentang Mat Indera,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Di dalam kajian tersebut, ujarnya pengkaji telah menyimpulkan Mat Indera sebagai golongan elit agama sebagai:
“Islam pada agamanya, demokrasi pada prinsipnya, nasionalis pada fahamannya, radikal dalam perjuangannya dan militant mengikut tindakannya.”
Selain daripada itu, tambah beliau Ayub Kassim juga pada mukasurat 71 menyimpulkan bahawa Mat Indera adalah seorang nasionalis bukannya komunis, yang bergerila bersama komunis.
“Beliau menyatakan perumpaan Mat Indera sebagai nasionalis dengan gerombolan komunis seumpamanya tidak bercampur antara air dan minyak dalam satu bekas,” katanya.
Katanya lagi, kajian ilmiah itu juga menyebut bahawa pendirian agama Mat Indera banyak dipengaruhi oleh dua orang gurunya iaitu Haji Ibrahim Jubah dan Haji Muhammad Yassin Muhammad (bapa Tan Sri Muhyiddin).
Kedua-dua guru Mat Indera itu, tambahnya dikatakan seorang yang kritis terhadap perkembangan politik ketika itu.
Malah, katanya menurut pengkaji lagi pada mukasurat 30, Haji Muhammad Yassin bin Muhammad begitu kritis dengan perkembangan politik tanahair, dan kalaulah ucapan-ucapannya dilakukan di atas pentas politik nescaya ia akan dilihat berunsurkan subversif.
Menurut kajian ini juga, Mat Indera pernah dilantik sebagai Ketua Cucuk Tanam anjuran Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
“Fakta ini sekaligus menafikan dakwaan banyak pihak yang bersumberkan Memoir Abdullah CD, bahawa Mat Indera telah menjadi komunis sejak Perang Dunia Kedua lagi,” ujarnya.
Menurutnya, semasa Perang Dunia Kedua ini komunis mengambil sikap berperang dengan Jepun melalui pertubuhan MPAJA, sedangkan golongan nasionalis Melayu terutama ahli-ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) mengambil sikap yang lebih lunak dengan Jepun.
Katanya, kecenderungan Mat Indera ini jelas bertentangan dengan dakwaan Abdullah C. D. dalam memoirnya.
“Berdasarkan kajian ilmiah tersebut, PPP berpandangan Mat Indera bukanlah komunis tetapi seorang nasionalis radikal,” ujarnya.

Ini, jelasnya sebagaimana yang pernah dinukilkan oleh veteran Umno sendiri, Tan Sri Abdul Samad Idris dalam bukunya “25 Tahun Merdeka” mukasurat 357-358:
“Kita melihat beberapa orang Melayu terlibat dalam gerakan Komunis selepas pengisytiharan Dharurat tahun 1948. Adakah mereka ini komunis atau didorong oleh semangat Nasionalisme yang meluap-luap? Perkara inilah menjadi teka-teki kepada kebanyakan pengkaji sejarah kita.
“Kalau kita mahu menganggap mereka berfahaman komunis disebabkan terlibat secara langsung dalam pemberontakan bersenjata komunis, bagaimanakah kita mahu memberi penilaian kepada tokoh-tokoh seperti Dato’ Bahaman, Mat Kilau dan To’ Gajah Imam Rasu? Atau kepada perjuangan Dato’ Dol Said di Naning, Dato’ Maharajalela di Pasir Salak, To’ Janggut di Pasir Puteh dan Rosli Dhobi di Sarawak? Mereka juga melakukan pemberontakan bersenjata menentang Inggeris yang menjadi kerajaan di Tanah Melayu”.
Justeru, tegas Ahmad Zuhdi, PPP melihat kenyataan Tan Sri Abdul Samad Idris itu hampir sama dengan intipati ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu dalam ceramahnya.Hrkh

3 ulasan:

Abangpi berkata...

samada Mat Indera seorang komunis atau tidak, tidak penting.

beliau telah bersekongkol membunuh anggota polis di balai polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Gerombolan beliau bukan sahaja berbuat demikian malah telah menunjukkan kekejaman dan kebinatangan mereka dengan membunuh anak dan isteri anggota polis yang mereka tawan.

tidak cukup dengan itu, ada yang dibakar hidup-hidup dan ada mayat yang dicampakkan kedalam api.

antara yang terbakar hidup-hidup ada yang masih kanak-kanak.

kalau pun dikatakan Mat Indera tidak berlaku kejam malah ada cerita mengatakan beliau menghalang sebahagian bawahannya dari melakukan kekejaman seperti diatas, adakah wajar kita melabelkan beliau sebagai seorang hero????

luqman berkata...

adakah sepanjang keterlibatan mat indera di medan perjuangannya,bermula sejak dari PKMM,Api,beliau diancam diburu,melarikan diri dan kembali berjuang bermatian,dgn semudahnya hanya dlm peristiwa bukit kepong yg belum tentu kesahihan cerita kezalimannya..kezaliman yg pd hakikatnya belum tentu dtg darinya,lalu kita mengecop dia sebagai komunis???


satu persoalan menarik yg patut difikirkan ialah,jika dia mmg komunis,dan memahami perjuangan komunis dan zalim ganas tak beragama,mengapa sejak awal2 lagi tak masuk komunis??mengapa bersama PKMM,Api,atau mgkin pada masa tu tiada lagi komunis,jika pd masa tu tiada lagi komunis,bermakna komunis masih baru,jika baru....persepsi masyarakat di malaya terhadap komunis pd masa tu adakah sama seperti skrg??mereka mengerti sedalam2nya pasal komunis??sedangkan kita tahu bahawa PKM adalah sebuah Parti atau pertubuhan yg sama2 menuntut kemerdekaan,melayu pun boleh masuk join parti itu,ketika PKM bersama AMCJA dan PUTERA bersatu menuntut kemerdekaan apakah persetujuan bersama ygdicapai ketika itu?sebuah negara komunis ke?atau sebuah negara demokrasi yg wujud sebuah parti komunis di dlmnya?kalau begini keadaannya bolehkah komunis berkuasa memerintah di tanah melayu yg majoritynya org2 melayu??dan adekah mat indera sebodoh2 manusia dgn senang hati menggadaikan prinsip hidupnya..hnya nak buat gila bersama komunis sedang dia org2 yg `alim dan mengetahui??

buat polis mata2 rumah pasong bukit kepong...rumah pasong ni bermakna apa??lock up org dulu2 ke?siapa yg dilock-up tu..pejuang melayu?komunis?atau tak kira siapa asal lawan british je habis borong semua sumbat dlm tu,mengapa kamu dipihak yg memburu,menyiksa,menangkap,pejuang2 kemerdekaan tanah air sendiri,mengapa kamu sendiri tidak sama2 berjuang menuntut kemerdekaan pd masa rakyat bangun menentang penjajah yg zalim pd tok2 guru kamu??bahkan kamu tangkap tok janggut dan kamu hinakan dia,gantung dia..mcm2 kamu buat pd tok guru kamu sendiri,kerana apa?kerana wang??

aduhhai...banyak sungguh persoalan dan semuanya ini perlukan pd pengkajian yg jujur dan mendalam,dan padaku....mat indera mmg seorang pejuang kemerdekaan negara...commited dan agresif

Abangpi berkata...

secara peribadi saya tidak mahu menjadi rakyat sebuah negara dimana 'pejuang kemerdekaan' negara tersebut melakukan kekejaman (atrocity) diatas nama memperjuangkan kemerdekaan. apa lagi terhadap anak watan sebangsa dan seugama mereka sendiri..
matlamat tidak menghalalkan cara.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....