Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 29 Julai 2011

[ Video ] Keganasan polis di KL Sentral, PKR kemuka bukti video


saksikan video ini bermula dari minit 5:56

PETALING JAYA: Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran mengulangi bahawa tindakan polis yang menghala tembakan gas pemedih mata tepat kepada peserta Bersih di laluan bawah KL sentral, 9 Julai lalu adalah satu cubaan membunuh.

Beliau berkata, perbuatan itu boleh mengakibatkan kematian atau kecederaan badan yang serius dan melanggar undang-undang di bawah Seksyen 300 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, polis juga melanggar undang undang antarabangsa dan tidak mengikut prosedur ditetapkan, apabila melepaskan tembakan di tempat tertutup atau di dalam terowong.

Serangan itu katanya, mencederakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengawal peribadinya Fayadh Al Bakri, dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

“Fayadh dan Khalid masing-masing cedera di muka dan kepala kerana tembakan terus dari kanister gas pemedih mata sehingga cedera parah,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), di sini hari ini.

Akibat tindakan ganas itu, Fayyadh mengalami kecederaan serius sehingga dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan di bahagian muka. Manakala Khalid pula mengalami pendarahan di bahagian belakang kepala dan menerima enam jahitan.

Dalam sidang media yang sama, wartawan turut ditunjukkan beberapa klip rakaman membuktikan polis melepaskan tembakan menghala ke arah orang ramai.

Peguam hak asasi manusia dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri, berkata, Ketua Polis Daerah Brickfields (OCPD), Wan Bari Wan Khalid, memberi arahan kepada polis supaya menembak ke arah bawah.

“Semasa serangan di terowong KL Sentral, pihak polis telah mengarahkan “Bawah! Bawah” sebelum menembak kanister gas pemedih mata terhadap peserta Bersih.

“Polis juga beri amaran kepada wartawan, dan jurugambar beredar, kalau tidak mahu kena (tembakan),” kata Fadiah.

Sementara itu, Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa juga menyifatkan tindakan polis itu bertujuan mendatangkan kecederaan dan boleh mengakibatkan kematian.

“Lebih kurang 12 tembakan gas pemedih mata ditembak di kawasan tertutup yang penuh dengan peserta, ini boleh mendatangkan kecederaan.

“Bayangkan gas pemedih mata ditembak di dalam bilik tertutup di mana ruang udara adalah tebal dan penuh dengan asap, dan dengan setiap nafas anda mendapat gas pemedih mata dalam paru-paru anda … orang boleh mati,” kata Sivarasa.Keadilandaily

2 ulasan:

benci si bodoh berkata...

bersyukurlah korang semua dok malaysia. kalau korang dok amerika ke, singapura ke, korang ni semua mampus kena belasah dengan polis.korang tau x?

dah orang kata jangan, yang korang gi langgar peraturan dan undang-undang tu kenapa? korang cari nahas lepas tu korang burukkan polis. korang ni memang baghal. sengal plus bongok.

itu pun kena tembak dengan air n gas. kalau kat barat, memang korang kena belantan le jawabnya bodoh!

Tanpa Nama berkata...

ko tu yg takde telor duk jelah kat umah mngepit bini..tau makan tido beromen..tu jelah keje ko..lebeh baik ko duk diam kalu tak tau apa apa..bukan saje bodoh malah mcm taik..najis seumur hidup!

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....