Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 4 Jun 2011

Kenyataan Pertama ' Abe Mat Sabu ' Selepas Memenangi Jawatan Tim. Presiden Pas

Mohammad Sabu (kanan) berjabat tangan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas berjaya mengungguli saingan bagi jawatan Timbalan Presiden dengan memperoleh sebanyak 420 undi pada pemilihan parti sempena Muktamar Tahunan PAS ke-57 di Taman Melewar di Gombak, Sabtu. - Foto THE STAR Oleh RAJA FAISAL HISHAN

KUALA LUMPUR, 4 Jun — Mohamad Sabu yang memenangi jawatan timbalan presiden PAS berkata, beliau akan membantu parti itu memenuhi keperluan orang ramai dan bukan Melayu, yang menurut beliau meletakkan harapan tinggi ke atas komponen Pakatan Rakyat (PR).
Dalam reaksi pertama selepas diumumkan sebagai orang nombor dua parti Islam itu, Mohamad berkata, survival mana-mana parti politik akan ditentukan oleh sokongan undi orang ramai dalam pilihan raya.
Oleh itu anak kelahiran Pulau Pinang ini berkata, PAS perlu memainkan peranan menyeluruh untuk memenuhi keperluan ahli-ahli parti dan juga masyarakat umum bukan ahli PAS.
“Jadi, saya akan menggunakan kedudukan (sebagai timbalan presiden) untuk memenuhi harapan orang ramai dan bukan Melayu ke atas PAS,” kata beliau ketika ditemui di sisi Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di sini pagi ini.
Mohamad, 56, yang mesra dikenali “Mat Sabu” menewaskan penyandang Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan ibrahim Tuan Man.
Ini kali kedua Mohamad bertanding jawatan timbalan presiden.Dua tahun lalu, beliau tewas di tangan Nasharuddin yang turut mengatasi Datuk Paduka Husam Musa.Kali ini Husam dipilih semula sebagai naib presiden.
Pun begitu, tegas Mohamad, kemenangan beliau tidak akan membawa perubahan ke atas dasar PAS yang sudah pun ditetapkan kecuali pendekatan-pendekatan yang perlu dan akan diambil untuk menterjemahkan prinsip perjuangan parti itu.
“Cuma gerak kerja sahaja akan diubah (untuk menghadapi situasi semasa),” kata beliau lagi.
Ketika ditanya sama ada beliau menang kerana sokongan besar perwakilan daripada kalangan profesional, Mohamad berkata, “saya tidak tahu, sebab saya belum buat analisis lagi.”
Beliau sekali lagi menekankan bahawa tidak timbul isu wujudnya kumpulan profesional dan ulama dalam PAS memandangkan sudah ada peranan yang jelas antara sayap eksekutif dan ulama dalam PAS.
Dalam temu bual khas disiarkan The Malaysian Insider semalam, Mohamad berkata, konsep kepimpinan ulama sepatutnya ditekankan dalam Majlis Syura, bukannya diterjemahkan ke atas jawatan-jawatan eksekutif parti Islam itu.
Mohamad berpendapat bahawa konsep kepimpinan ulama telah menjadi kekeliruan di kalangan ahli menyebabkan golongan profesional sukar mendapat tempat dalam jawatan tertinggi parti itu.
“Bagi saya presiden dan ke bawah boleh sesiapa sahaja yang layak untuk memimpin tiada masalah baik ulama atau profesional.

“Majlis Ulama ini yang perlu ditekankan bukan jawatan eksekutif, ia perlu dipertingkatkan dalam organisasi ini.
“Sebab itu, kalau kita lihat banyak ahli yang salah erti konsep kepimpinan ulama ini dan ia menimbulkan sedikit kekeliruan,” katanya.
“Namun saya pasti perubahan sudah mula berlaku dalam PAS,” kata beliau.
Dalam reaksi hari ini, beliau juga yakin bahawa keputusan pemilihan, yang berlangsung semalam dan diumumkan pagi ini, tidak akan menjejaskan perpaduan yang sedia terjalin dalam PAS.
“Saya yakin perpaduan akan kukuh untuk membawa PAS ke depan,” katanya sambil menambah, perwakilan telah membuat keputusan yang berani.
Mengenai kekalahan Nasharudin, Mohamad berkata, “saya tidak komen.”
Bagaimanapun Mohamad secara berseloroh berkata, beliau “bernasib baik” kerana menang di sebalik liputan media yang positif dan negatif.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada perwakilan dan kepada wartawan yang memberikan liputan media yang positif dan negatif,” katanya lagi.TMI

1 ulasan:

puakPas berkata...

Dimana Tuan Ibrahim Tuan Man (TITM)selepas pemilihan 2011?,
itu pertanyaan yang berpusing di kepala aku sebelum pemilihan. Namun bila keputusan tidak memihak kepadanya aku rasa lega, kerana TITM sepatutnya berada disini bukan disitu.
Dengan keperibadian dan krisma yang dimiliki oleh TITM, sepatutnya TITM dipilih oleh majlis syura sebagai Tim. Mursyid Am PAS untuk mengantikan Harun Din.
Terus terang aku nyatakan, bahawa majlis syura PAS tidak diuruskan dangan sempurna, sedangkan kepentingan dan kedudukan majlis syura kepada parti PAS amat mendesak. Rata-rata ahli dan pimpinan PAS tidak memberi perhatian kepada kedudukan dan peranan majlis syura dan Mursyid am dalam hiraki PAS. Pengabaian ini akan meninggalkan kesan yang amat negatif kepada PAS sebagai sebuah gerakan Islam.
Dalam pemilihan yang lepas, PAS telah membuktikan bahawa parti Islam ini bukan sahaja parti orang kampung dan guru pondok, bahkan parti yang dimiliki oleh kepelbagaian latar belakang. Mereka begitu bersemangat untuk memberikan khidmat terbaik kepada PAS.
Badan untuk mengawal dan memberi nasihat kepada pengurusan parti amat perlu digerakkan, supaya parti tidak mudah disalahgunakan atau dijadikan tempat mengaut kepetingan. Bahkan majlis syura dan Mursyid am berfungsi sebagai rujukan dan penyelesai kepada masalah yang timbul dalam parti, bahkan menjadi orang tengah kepada perselisihan dalam parti.
Sebagai suatu contoh, dalam pemilihan lepas terdapat tanda-tanda awal penyakit, namun tidak membarah. Bukan sahaja ahli parti yang dirasuk hantu syiatan, bahkan orang luar juga terlibat memasang bara api untuk menyemarakan permusuhan bodoh dalam parti. Pernah dalam satu masa, Presiden parti telah dihina dan dipariyahkan, namun tiada badan yang memberi nasihat atau memberi amaran secara langsung kepada mereka yang terlibat.
Pemilihan TITM diharapn mengembalikan sinar dan nur yang telah malap dalam majlis syura yang dipimpin TGNA(aku yakin bahawa TGHH adalan insan yang paling layak untuk mengantikan TGNA sebagai mursyid am).
DENGAN INI AKU MENCALONKAN KEPADA MAJLIS SYURA SUPAYA TUAN IBRAHIM TUAN MAN DILANTIK SEBAGAI TIMBALAN MURSYID AM.
TAKBIIIIIIIIIR!.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....