Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 28 Jun 2011

Bersih 2.0 : Kenapa BN gabra dengan 9 Julai

Barisan Nasional (BN) senantiasa menguar-uarkan bahawa mereka telah mendapat kembali sokongan penuh rakyat. Baguslah kalau macam itu. Tetapi persoalannya sekarang ialah mengapa BN tiba-tiba berasa gelisah terhadap Perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan akan diadakan pada 9hb Julai yang akan datang ini?

Bermacam-macam adegan BN telah menunjukkan dengan jelas bahawa mereka sedang berasa gelisah setiap hari, setiap jam malah setiap saat yang sedang berlalu ini sementara tarikh 9Julai datang semakin hampir.

Bukankah BN sudah mendapat kembali sokongan penuh rakyat atau itu andaian mereka sahaja? Jika ianya adalah andaian maka BN aImbang Penuhkan berdepan dengan hakikatnya nanti pada 9hb Julai bahawa sokongan rakyat memang bukanlah memihak kepada mereka tetapi memihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

Mungkinkah BN sekarang sedang berkerja keras mahu memburuk-burukkan imej Bersih 2.0 selaku mengharapkan supaya orangramai tidak akan menyertai Perhimpunan Bersih 2.0 nanti? Jalan-jalan, bersembang-sembang dengan kawan sahaja, adakah itu salah? Lagipun ianya digelar 'Walk For Democracy' bukannya satu pergerakan revolusi.

Apa agaknya sudah berlaku kepada BN ini? Tidakkah mereka ingin memberi sokongan mereka kepada Bersih 2.0 supaya pilihanraya yang akan datang adalah bersih? Bukankah pilihanraya yang bersih adalah sesuatu yang baik? Penulis rasa hairan mengapa BN tidak mahu menyertai bersama dalam Perhimpunan Bersih 2.0 padahal ianya adalah satu perhimpunan yang baik dan aman, dengan matlamat dan tujuan yang mulia.

Perdana Menteri Najib Tun Razak selalu mengheboh-hebohkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang harus dijadikan contoh oleh negara-negara lain di dunia. Adakah ini retorik kosong sahaja? Jika Malaysia ialah sebuah negara demokrasi, rakyat patut diberi peluang untuk berhimpun secara aman.

Selain dari itu, Bersih pun telah memberi jemputan kepada BN untuk menyertai perhimpunannya tetapi BN telah menolak dan diam membisu sahaja. Justeru itu, Pemuda UMNO pula berhasrat mengadakan perhimpunannya yang tersendiri. Mengapa begini?

Adalah diharap bahawa BN akan turut menyertai Perhimpunan Bersih nanti. Tidak perlulah buat perhimpunan yang berasingan pula. Bila BN menyertai bersama, barulah slogan 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Najib itu akan nampak dipratikkan oleh UMNO. Jika tidak, ia hanyalah tinggal sebagai laungan kosong sahaja.

PANAH HIJAU
28hb Jun 2011

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....