Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 14 Mei 2011

Ugut culik anak: Nurul Izzah buat laporan polis

KUALA LUMPUR, 13 Mei: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan menculik anaknya yang diterima melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Dalam laporan polis itu, beliau berkata SMS yang mengancam keselamatan anaknya itu diterima daripada seseorang yang tidak dikenali kelmarin.

"Ugutannya adalah bahawa anak saya akan menerima nasib seperti Sharlinie jikalau saya terus menyokong ayah saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR). Saya (juga dikatakan) tidak dapat menyelamatkan anak saya.

"Dia juga mengancam bahawa jika saya tidak mendesak ayah saya berhenti dari politik maka sesuatu akan berlaku kepada anak saya," tulisnya dalam laporan polis itu.

Mohd Nashar yang hilang pada 9 Januari 2008 dan sehingga hari ini masih belum dapat dikesan. Beliau mangsa penculikan kedua selepas Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang ditemui mati selepas sebulan hilang dekat rumahnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Dalam laporan hari ini, Nurul Izzah yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai berkata beliau menerima ugutan SMS kedua yang hampir sama semalam.

SMS berkenaan juga mengancam bahawa "sesuatu yang tidak elok" akan berlaku kepada anaknya kecuali jika beliau berhenti menyokong ayahnya.

Beliau membuat laporan polis itu di ibu pejabat polis Dang Wangi, dekat sini pagi ini dengan ditemani ibunya Datin Seri Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR dan diiringi tiga peguam dan tidak kurang 15 penyokong.

Sementara itu, Anwar melalui twitternya malam tadi menyifatkan perbuatan mengugut melalui sms itu sebagai 'kerja sial jahat'.

Selasa lalu, pemandu peribadi Anwar selama 28 tahun, Abdullah Sani Said membuat laporan polis kerana mengesyaki ada usaha jahat pihak tertentu mensabotaj kenderaan yang biasa digunakan Anwar dan keluarga.

Malah satu kemalangan telahpun berlaku pada 19 April yang lalu.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....