Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 22 April 2011

Kenapa UMNO BN Bermati- matian Mahu Cemar Nama Baik Anwar

Pencacai Umno...

SHAH ALAM 22 APRIL : Tv3 selesai merakamkan siri laporan terbaru merangkumi tuduhan- tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Ketua Pembangkang itu bergelut dengan fitnah video lucah 'Datuk T', sumber- sumber memberitahu Tv Selangor.
Laporan yang bakal disiarkan di Buletin Utama itu akan menyaksikan S. Nallakarupan membuat pelbagai dakwaan terhadap Anwar, sumber- sumber yang rapat dengan bekas pemimpin MIC itu mengesahkan.
“Kemungkinan besar dakwaan- dakwaan Nallakarupan itu akan disiarkan dalam tempoh terdekat untuk memberikan lebih tekanan kepada Anwar, “ kata sumber itu tanpa mengulas lanjut.
Kebanyakan dakwaan- dakwaan Nalla itu “bukan perkara baru,” cuma disadurkan dengan butir- butir terperinci dalam usaha meyakinkan rakyat terutama pengundi Melayu, kononnya Anwar pemimpin tidak bermoral.
Rasanya tidak perlu dihuraikan rekod Nalla, seorang rakan karib Anwar yang kemudian merajuk dan berpaling tadah apabila tidak dipilih menjadi calon untuk pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2006.
Hakikatnya adalah, dakwaan dan tuduhan terhadap Anwar diperhebatkan di Tv3 dan media arus perdana kawalan UMNO sejak pilihanraya Sarawak.
Walaupun PRN Negeri itu sudah berlalu, namun serangan terhadap Anwar tetap dipanjangkan dan menimbulkan persepsi BN, khususnya UMNO, sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi pilihanraya umum dalam tempoh terdekat.
Awal minggu ini, Parti Keadilan Rakyat memberi amaran kepada rakyat bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tetap akan mencari ikhtiar untuk mendakwa Anwar bersabit video lucah Datuk T.
Ramalan itu terbukti benar apabila pejabat Peguam Negara memulangkan kertas siasatan kepada polis kerana tidak berpuas hati dengan rumusan yang dibuat oleh badan itu.
Justeru arahan diberi kepada polis untuk menyiasat lagi kes video lucah tanpa terikat kepada sebarang tarikh untuk menyiapkan siasatan.
Pada masa sama, Berita Harian, sebuah lagi akhbar kawalan UMNO memetik sumber- sumber sebagai mendakwa sebuah agensi penyiaran Korea Selatan kononnya mengesahkan pelaku dalam video 'Datuk T' sepadan dengan badan Anwar menerusi ujian bio metrik.
Semua “fakta- fakta” ini adalah untuk mempengaruhi rakyat, khususnya pengundi Melayu supaya menolak Anwar dan pada masa sama merencatkan hubungan PKR pimpinan Anwar dengan PAS dan DAP.
Perkembangan terbaru memberi petanda jelas bahawa rakyat Malaysia harus bersedia untuk disajikan dengan pelbagai fitnah terhadap Anwar bersabit video 'Datuk T'.
Pada masa sama, individu- individu seperti Nalla dan Umi Hafilda dipergunakan untuk menabur tuduhan- tuduhan lain terhadap Anwar.
Kenapa begitu banyak tumpuan diberikan oleh kerajaan pimpinan UMNO, polis dan pejabat Peguam Negara terhadap kes Anwar ?
Jawapannya berkait dengan Piliharaya Umum ke- 13 dan pemilihan UMNO yang akan datang. Kedua- duanya mempunyai impak besar ke atas kelangsungan jangka hayat politik Datuk Seri Najib Tun Razak.
Para strategis UMNO menjangka peluang parti itu menguasai pengundi Melayu atas pagar akan cerah jika ia berjaya memusnahkan kredibiliti Anwar sebagai pemimpin Islam dan menampilkan beliau sebagai peliwat dan kaki perempuan.
Analisis yang dijalankan oleh Biro Tata Negara menunjukkan pengundi Melayu amat menitik- beratkan soal agama dan moral – justeru itu Anwar menjadi sasaran tuduhan seks bertalu- talu dalam hasrat UMNO untuk memberi isi kepada persepsi itu.
Justeru tidak sukar memahami kenapa video lucah 'Datuk T' dimainkan di kem- kem BTN sebagaimana yang didedahkan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman.
Pengundi atas pagar kaum Melayu memegang kunci untuk memastikan sama ada Najib akan dapat merebut balik majoriti dua pertiga di Parlimen atau kecundang terus di medan pilihanraya kepada Pakatan Rakyat pimpinan Anwar.
Jika Najib tewas atau gagal menawan balik majoriti dua pertiga BN, usia remaja beliau sebagai PM dan Presiden UMNO akan mendapat saingan hebat daripada gandingan Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin.
Walaupun pemilihan UMNO masih dilihat sebagai jauh lagi, garisan- garisan pertempuran (battlelines) sedang pun dilakar dan kem- kem tertentu dibentuk dan dipupuk.
Kunci kepada siapa sokong siapa dan siapa lawan siapa akan berpaksi kepada pencapaian Najib pada PRU 13 – jika BN menang majoriti dua pertiga – Najib akan dijulang sebagai penyelamat maruah Umno.
Jika tidak, beliau dan gagasan 1Malaysia akan dikritik sebagai penyebab maruah Melayu tergadai di bumi sendiri.
Berasaskan sifir politik ini, bukanlah menjadi misteri kenapa Anwar Ibrahim harus ditumbangkan dalam apa cara sekalipun sebelum Najib mengadakan pilihanraya umum.
Hanya apabila yakin cabaran Anwar sudah ditumpulkan, kredibiliti dan maruah beliau sudah musnah di mata rakyat, maka hanya pada masa itu, Najib akan mendapat “ilham” untuk memanggil pilihanraya umum.
Sementara menunggu detik itu, rakyat khususnya pengundi Melayu harus melazimkan diri dengan membaca “cerita bukan-bukan” mengenai Anwar di muka depan Utusan Malaysia, Berita Harian dan menonton topik yang sama menerusi RTM serta TV3.TVS

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa Anuar perlu ditentang

1. Kefahaman konspirasi yang dibawanya amat keterlaluan dan tiada hujung sempadan. Sikap pemimpin sebegini boleh membawa negara diperintah oleh seorang diktator paling licik
2. Tidak mempunyai kesedaran diri pada agamanya. Memanjangkan segala tohmahan terhadapnya dengan berbagai peruntukkan undang2 amat memalukan sebagai seorang pemimpin. Islam tidak pernah mengajar perkara yang mengaibkan ini diperpanjangkan sehingga terhukum oeh orang ramai.
3. Pembawa budaya reform biadap dan tak bertanggung jawab.Sememangnya kita perlu reform berbentuk tranformasi yang kebaikan secara bertertib. Tidak ada reform yang sekadar hanya bersifat trial and error.Malah mempergunakan segala cara yang difikirkan secara pribadi olehnya.
4.bla bla..kalau kalau..
5.
6.
.
.
n. dll yang negetif kepada kesejahteraan Malaysia tanah air aku ni he he

Tanpa Nama berkata...

pada rasionalnya:1)pengaruh anwar lebih kuat dari semua pimpinan umno, 2)jika anwar ditakdirkan jadi pm pemimpin dan bekas pemimpin umno sangat takut, kerana banyak rahsia kejahatan mereka ada pada anwar - contoh penyelewengan zaman mahathir, rasuah dan jenayah najib, ketua menteri @ menteri besar umno sangat kuat rasuah, dan berbagai lagi kezaliman umno/bn yang ditakuti dibongkar semula.

Tanpa Nama berkata...

pada pandangan veteran/penganalisa politik malaysia/tokoh umno dan apco worldwide; anwar satu-satunya tokoh yang mampu menyatukan sokongan rakyat semua kaum bagi melenyapkan kuasa pemerentahan umno di bumi malaysia. oleh itu apa cara kaedah mesti digunakan untuk menghalang datangnya 'bala atau petaka' kepada umno.

najib sangat takut kepada ramalan dari tukang-tukang ramal yang ditemuinya, menyatakan 'najib adalah pemimpin terakhir dari umno menjadi perdana menteri dan ini sesuai dengan teori domino RAHMAN (R = Tunku Abd Rahman, A = Abdul Razak, H = Hussein, M = Mahathir, A = Abdullah, N = Najib), insha Allah selepas najib tiada spesis umno jadi pm.

Tanpa Nama berkata...

he he
Aku akui pengaruh nuar kelebihan dia sejak zaman muda lagi.Isu yang dibawa dan mengaitkan dengan agama/melayu tertindas/negara korup dsb sejak awal kelahiran generasi celik (abim, arkam dll)digedung ilmu tidak pernah berubah. Soalanya adakah golongan yang dibawanya itu penyumbang kepada yang lebih bermakna dalam pengisiaan realiti kehidupan di sini? Apakah setakat mendapat pengaruh melalui menjaja sekian lama 'konspirasi dan mewar-warkan apa saja keburukan' boleh dianggap seorang pejuang disini? Kenapa tidak dinilai sifat2 dia semasa didalam keompok orang yang diberi kuasa secara objektif. Banyak bukti2 sebenarnya kalau hendak diambil sebagai asas keadilan biarpun untuk diri sendiri.

keh keh
Bab ramalan Nama RAHMAN tu aku fikir satu tahyul amat nyata. Adalak benda2 cam tu pun jadik masalah..duu kata A tu AZIZ ke ke..ada kata Anuar hehe kenapa tak kata lepas Najib dunia kiamat macam orang percaya2 tu? adeker bender camtu di InsyAlahkan. Sonang ler NKO ni

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....