Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 14 April 2011

Betapa Cemasnya BN Hadapi Pilihanraya Sarawak




KUALA TERENGGANU - Kehadiran tiga buah pesawat rasmi kerajaan Malaysia di Lapangan Terbang Kuching membayangkan betapa 'seriusnya' perasaan cemas pemimpin Barisan Nasional menghadapi pilihanraya negeri (PRN) Sarawak ke-10.

Sebuah pesawat ACJ 319 keluaran Airbus, bernilai antara USD 55-60 juta diletakkan di terminal utama, manakala sebuah lagi jenis Bombardier Global Express, ketika dirakam gambarnya semalam Rabu 13 April, sedang menghampiri terminal yang sama.

Sementara itu sebuah lagi pesawat jenis Falcon 900A diletakkan di 'hangar' TUDM di lapangan terbang terbabit.

Pesawat rasmi tersebut dilaporkan adalah untuk kegunaan dua pemimpin utama kerajaan Malaysia iaiu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri

Kedua-dua pemimpin kanan BN yang juga adalah pemimpin Umno dilaporkan layak menggunakan pesawat khas rasmi kerajaan Malaysia untuk tujuan urusan rasmi sahaja.

Namun begitu, adakah menghadiri kempen pilihanraya negeri Sarawak merupakan urusan rasmi kerajaan?

Dan persoalan yang timbul adalah, siapa pula yang menggunakan pesawat rasmi yang ketiga?

Garis panduan penggunaan pesawat udara adalah berdasarkan kepada Surat Pekeliling Am Sulit Bil. 1 Tahun 1987 Peraturan-Peraturan Penggunaan Jet Eksekutif Kerajaan dan Pesawat-Pesawat TUDM yang memperuntukkan pesawat-pesawat jet eksekutif kerajaan adalah untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.


Kedudukan BN Sarawak dalam PRN Sarawak dalam keadaan genting sebagaiamana dilaporkan Harakahdaily, sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak didakwa sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat.

Menurut akhbar rasmi internet PAS itu lagi, 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.

Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini.

Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan.

Sehubungan itu, Presiden Umno, Najib Razak, pada sidang media selepas menghadiri Program Mesra Rakyat di Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya, semalam, mengakui BN menghadapi tentangan hebat di kawasan bandar, dan cabaran yang dihadapi kali ini "mungkin yang paling sukar dalam sejarah politik Sarawak".BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....