Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 16 April 2011

Analisis PRN Sarawak : PR Longgarkan Cengkaman BN

ANALISIS : Meskipun bertarung dengan seluruh jentera kerajaan dan sumber kewangan Barisan Nasional, Pakatan Rakyat memenangi dua kali ganda jumlah kerusi pada pilihanraya negeri kali ini, sekali gus menyampaikan mesej bahawa Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud perlu berundur segera.
DAP mencapai kejayaan paling besar, memenangi 12 kerusi berbanding 6 sebelumnya, manakala Parti Keadilan Rakyat menang tiga kerusi berbanding hanya satu pada tahun 2006.

Walaupun kejayaan itu jauh daripada mencukupi untuk menafikan BN majoriti dua pertiga, ia sudah cukup untuk menghantar mesej jelas kepada Putrajaya dan Perdana Menteri Najib Razak iaitu:

Sarawak tidak lagi boleh dianggap simpanan tetap BN pada pilihanraya umum DAN Taib harus berundur segera sebelum BN bertarung di peringkat Parlimen pada pilihanraya umum kelak.

Keputusan DUN Sarawak menunjukkan sekurang-kurangnya tujuh atau lapan kerusi Parlimen sekitar Kuching, Sibu dan Miri adalah “kawasan hitam" bagi BN yang pasti memberi kesan kepada jangka hayat Taib sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Keputusan setakat ini yang menyaksikan BN menang sekurang-kurangnya 56 kerusi dan Pakatan 16 memberi isyarat paling jelas kepada Najib bahawa beliau belum boleh selesa mengharapkan kemenangan mutlak pada pilihanraya umum akan datang.

Di atas kertas, kemenangan lebih dua pertiga BN itu adalah meyakinkan, tetapi tidak ada sesiapa akan menafikan bahawa BN terpaksa membelanjakan jumlah wang yang besar dan menurunkan seluruh jentera Kerajaan Persekutuan untuk memperolehi keputusan itu.

Hakikat adalah prestasi BN merudum kali ini berbanding dengan kemenangan 63 daripada 71 kerusi pada tahun 2006, bermakna trend sokongan rakyat untuk BN terus menyusut.

Sekali imbas, BN kali ini berhadapan dengan sebuah Pembangkang yang masih tidak mempunyai sumber kewangan atau kemudahan untuk menyaingi pemerintah.

Namun rekod Taib selama 30 tahun menerajui Sarawak yang dibelit dengan dakwaan rasuah, rampasan tanah dan penyelewengan kuasa mendorong pengundi bandar, khususnya kaum Cina untuk menolak BN.

BN kalah semua lima kerusi yang dipertandingkan di Kuching kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

SUPP parti kedua terbesar dalam BN Sarawak ditolak sepenuhnya di ibu negeri Sarawak itu.

Presiden parti itu Dr George Chan pula kalah kepada calon DAP di Piasau Miri, keputusan yang mencerminkan sentimen pengundi terhadap BN pimpinan Taib yang merupakan besan Chan.

Kerusi Batu Kawah pula dimenangi DAP dengan sokongan pengundi bumiputera, yang menunjukkan DAP tidak bergantung sepenuhnya kepada pengundi Cina untuk menang.

Bagi PKR, usaha membawa angin perubahan ke kawasan pedalaman, khususnya rumah panjang Dayak dan Iban tidak mencapai keputusan yang diharapkan sungguhpun parti itu menang tiga kerusi berbanding satu sebelumnya.

Sesiapa yang arif dengan politik Sarawak akur dengan misi PKR dalam cuba menghebahkan mesej”ubah perintah” dengan segala kekangan logistik dan kewangan berbanding BN yang menjelajah ke seluruh pelosok Sarawak menggunakan helikopter dan feri-feri tempah khas.

Ini ditambah dengan penguasaan seluruh media arus perdana yang dilarang memberi liputan kepada ceramah pembangkang.

Laman-laman media alternatif pula digodam termasuk TVSelangor, Malaysiakini dan HarakahDaily di dalam Negara dan Sarawak Report di United Kingdom.

Meskipun kalah di sebilangan banyak kerusi, jumlah undi yang dipungut PKR di sesetengah kawasan memberi harapan kepada PKR untuk memberi cabaran yang lebih sengit dalam empat tahun lagi.

Kemenangan Pengerusi PKR Baru Bian di Be’kalalan tentunya membanggakan Pakatan Rakyat dan menjanjikan perjuangan lebih jitu untuk mendapatkan semula hak penduduk asal yang kehilangan tanah adat mereka kepada pemimpin BN dan kroni mereka. TVS

5 ulasan:

goodlistener berkata...

DAP dan PKR dapat kerusi DUN tapi PAS dapat habuk. Yg pasti PAS menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR untuk membantu kedua-dua parti tersebut memenangi kerusi DUN. PAS MENANG TAPI KAMPUNG TERGADAI MACAM PAK KADOK...sah kerja bodoh

Mat Salleh berkata...

PAS telah berusaha untuk memenangi kerusi yang di pertandingkan. Kalau dilihat jumlah undi diperolehi, ada juga sokongan diberikan kepada PAS.

Pas bertanding dengan rekod yang bersih, tidak seperti BN/PBB yg menggunakan amalan korup lagi salahguna kuasa.

SYABAS kepada PAS walaupun kalah yang berintergriti tinggi tidak seperti menangnya BN tetapi penuh dengan lumpur rasuah!!

Tanpa Nama berkata...

PAS bukan kuda tunggangan. sebagai kawan dlm PR, PAS telah bersikap gentlemam. Setia kpd kwn adalah satu prinsip yg murni.

Adakah PAS menggunakan jentera kerajaan utk menang?

Jgn lah berbangga dengan penipuan dan kemudahan rakyat semata2 inginkan kemenangan.

Dan jgn suka menunggang media arus perdana semata2 utk berkuasa.

Jo berkata...

DAP cerdik...Pas bodoh ...Sudah lah ..tak nak mengaku ..jadi tungangan kafir harbi tu..
Sudah-sudah lah bertaubat tukar stretegi..rugi kita..Aku pun belhlaha..makin tambah dosa je..berpecah belah dan fitnah sesama muslim..

Tanpa Nama berkata...

Sikit-sikit tipu...sikit-sikit tipu..tak cordik langsung..bila aku tengok komen-komen eg. Tranungkite/prof. google eg. Prof kangkung...macamana boleh jadi prof...bercakap tak pakai fakta..
Cuba kita orang islam ni pakai otak sikit..buat homework..statistik...yg. boleh di pecayai..baru buat keputusan...kalu tak nampak bodoh...juga macam di tenang...terlalu berikan harapan yg. mengunung kepada pengikut..wah hal abok pon x de...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....