Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 28 April 2011

Adun BN derhaka kepada Yang Dipertuan Besar

SEREMBAN: Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin menggesa Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, mengambil tindakan tegas ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad di atas tindakan beliau yang menghina Dewan Undangan Negeri (Dun) ketika membahaskan titah DiRaja.
Badrul Hisham mengulas demikian merujuk tindakan Zainal Abidin dari Barisan Nasional (BN) yang melaungkan perkataan lucah kepada Adun Bahau, Teo Kok Seong (DAP) pada persidangan Pertama Penggal Keempat Dun yang ke-12 kelmarin.
“Ini bukan kali pertama Zainal Abidin menimbulkan kekecohan di dalam Dun tersebut tetapi beliau juga pernah mencarut perkataan yang sama terhadap Adun Port Dickson, M. Ravi ketika persidangan Dun pada 24 November lalu.
“Tindakan ini dilihat disengajakan untuk menghina orang India dan kaum wanita, tidak mungkin beliau tidak sengaja ‘termencarut’ kerana beliau menggunakan perkataan Tamil untuk mencarut yang bukan bahasa Ibunda beliau.
“Insiden itu jelas membuktikan bahawa Adun BN gagal berhujah dengan baik sebaliknya membazirkan wang rakyat melalui persidangan Dun dengan mencarut dan tidak serius.
Malah Speaker Dun juga tidak mampu mengendalikan persidangan Dun dengan berkesan”, kata Badrul Hisham yang lebih di kenali sebagai Chegu Bard.

Adun BN derhaka kepada YDB

Chegu Bard juga berkata bahawa perangai Adun BN tersebut sudah melampau dan mempermainkan rakyat.
“Ini membuktikan juga sikap munafik Umno, media dan organisasi lain yang kononnya merupakan pembela Raja dan Melayu.
“Jika kejadian seperti ini berlaku di negeri bukan diterajui BN atau dilakukan oleh Adun Pakatan Rakyat (PR) misalannya sudah tentu isu ini akan heboh dan kecoh.
“Tetapi oleh kerana ia negeri dibawah cengkaman BN dan membabitkan Adun BN maka ia ditutup begitu sahaja. Makin jelas sebenarnya mereka hanya bertegas berdasarkan kepentingan politik semata-mata”, ulas Chegu Bard lagi.

Kekecohan yang berlaku pada persidangan Dun kelmarin bermula apabila Kok Seong dalam perbahasan beliau menafikan kenyataan sesetengah “pihak” bahawa mengundi untuk pembangkang boleh menggugat perpaduan kaum.
Maka Kok Seong menjelaskan dakwaan itu tidak benar kerana rakyat di negeri pemerintahan PR seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan hidup dengan aman makmur.
Kok Seong juga turut menamakan Perak dalam senarai tersebut tetapi beliau berkata Perak kemudian dirampas oleh lanun maka Zainal Abidin bingkas bangun dan menjerit perkataan lucah.
Adun Klawang Yunus Rahmat menyalahkan Kok Seong kerana gunakan perkataan lanun. Bagaimanapun Kok Seong menjelaskan di dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bahawa perkataan lanun membawa maksud merampas.FMT

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....